Header Ads

Yatt Hamzah Sah Bercerai

Tak Dapat Diselamatkan Lagi, Yatt Hamzah Akhirnya Bercerai | Sebelum ini rumah tangga Yatt Hamzah pernah berantakan dan hampir berpisah namun ianya berjaya diselamatkan.

Namun semalam, Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi KL secara tertutup. Akhirnya terlerai juga ikatan…

Berpisah Secara Baik

Yatt Hamzah Sah Bercerai

Menerusi laporan Berita Harian, perkara ini disahkan sendiri oleh bekas suaminya. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat.

Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih.

Throwback – pernah failkan perceraian tahun lalu

Yatt Hamzah Sah Bercerai

Sekadar mengimbas kembali, Yatt telah memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2014 yang lalu.

Bagaimanapun, pada 12 Mac lalu, mereka meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik. Tapi nampaknya ia sudah tak boleh diselamatkan lagi.

Apa-apa pun moga Yatt Hamzah dan bekas suami tabah menghadapi perpisahan ini. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

No comments:

Powered by Blogger.