Header Ads

Alhamdulillah, Baitulmaqdis Masih Ibu Negara Palestin

Majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengetepikan ugutan Amerika Syarikat (AS), sebaliknya menolak tindakan Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ini sekaligus bermakna tindakan yang diambil Presiden Amerika, Donald Trump itu adalah tidak sah dan terbatal.

Alhamdulillah, Baitulmaqdis Masih Ibu Negara Palestin

Dalam pengundian berkenaan Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) itu, hanya 9 negara yang menyokong keputusan Amerika manakala 128 negara lagi menentang. 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Alhamdulillah, Resolusi PBB Batal Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Sesi UNGA yang membabitkan 193 anggotanya diadakan secara tergempar selepas mendapat permintaan daripada negara Arab dan Islam berikutan tindakan AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB, Isnin lalu.

Sebelum ini, Trump pernah mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara-negara anggota PBB yang menentang keputusannya. Nampaknya, ugutan Trump itu tidak dipedulikan sebaliknya majoriti negara mahu menyokong Palestin.

Baitulmaqdis Masih Ibu Negara Palestin
Undian Resolusi Baitulmaqdis di PBB

Sebaik pengumuman dibuat, wakil Palestin menyambut baik pengundian itu dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan bagi rakyat Palestin serta berterima kasih kepada anggota PBB yang menentang keputusan Trump.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu sekali lagi menegaskan bahawa Palestin sememangnya mendapat sokongan masyarakat antarabangsa, dan tiada keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak dapat mengubah realiti bahawa Baitulmaqdis adalah wilayah yang dijajah.

Resolusi PBB Batal Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

“Kami menghargai keputusan majoriti komuniti antarabangsa yang berdiri teguh dengan kebijaksanaan, berpandangan jauh, menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan undang-undang walaupun diancam dan diugut oleh Amerika,” katanya.

Keputusan Resolusi PBB itu juga disokong oleh Turki. Menurut Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, maruah dan kedaulatan negara sama sekali tidak boleh dijual beli.

Resolusi PBB Batal Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Walaubagaimanapun, keputusan undian di PBB ini tidak akan mengubah rancangan Amerika memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Diharapkan nasib Palestin akan terus terbela dan tidak sewenang-wenangnya dizalimi oleh Amerika dan rejim Zionis.

Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.