Header Ads

"Kita sedang membuli tanpa kita sedar.."

Kita sedang membuli tanpa disedari..

Saya sangat tidak setuju dengan ‘cyber bully’ tapi malangnya, tak ramai yang perasan mereka sedang melakukannya hampir setiap hari terutamanya di zaman budaya viral yang berleluasa kini.

Orang yang paling baik, adalah paling baik akhlaknya.

Update status troll sana sini, edit gambar sesuka hati tanpa peduli perasaan keluarga atau pemilik gambar tersebut. Semua dengan alasan nak kejar sensasi dan populariti, terbiasa mengecam orang. Seronok mencari aib orang. Feeling accomplished.

"Kita sedang membuli tanpa kita sedar.."

Musibah apakah ini?

Ya Allah. Makin hari makin parah, kita jadi society yang sangat judgemental. Sibuk viral sana sini, setiap isu sensasi, kitalah orang pertama yang akan drop komen menghukum, menghina dan mengecam tanpa perasaan.

Kita jadi agen fitnah tanpa disedari. Apa yang viral takkan jadi viral sekiranya kita tidak turut serta likes, komen dan share.

Andai kata orang yang dikecam tadi anak kita, pasangan atau adik beradik kita. Apakah kesan kepada mental dan emosi kita? Boleh hidup dengan tenang kah?

Bahkan malangnya, kitalah yang paling laju update status nak troll dan bergelak bersama asalkan tinggi likes, ramai share dan ramai park komen turut sama mengeji.

Tanpa kita peduli, status kita beragama Islam, berbangsa melayu yang tinggi adab dan budi bicara. Tanpa peduli bahawa kita ini, seorang bapa atau ibu yang perlu memberikan contoh yang baik pada anak-anak.

Kita lupa pesanan Sayyidina Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, diam jika tiada yang baik keluar dari mulut kita. Orang yang baik akhlaknya, baik perkataannya.

“Berkata yang baik atau diam”

"Kita sedang membuli tanpa disedari.."

"Kita sedang membuli tanpa disedari.."

Kita hidup dalam masyarakat yang kering adab dan sangat suka menghukum. Di Korea, ada artis wanita memilih untuk bunuh diri selepas terlalu lama dikutuk netizen di ruang komennya.

Mula-mula lead kepada down, lepastu depression kemudian end up nak bunuh diri kerana terlalu tertekan. Rumah tangga pun boleh porak peranda, anak-anak terbiar.

Bahkan tidak sedikit selebriti, instafamous dan orang popular tanah air yang menghadapi tekanan hidup dan kemurungan disebabkan komentar negatif di media sosial setiap hari.

Sekecil-kecil perkara pun akan dikecam dan disindir.

Pernahkah kita terfikir walaupun sekali, apakah impak kepada mental orang-orang yang kita duduk keji dan kecam ni tadi? Mereka ni binatang ke sampai tiada perasaan?

Mana tahu dengan sebab tak tahan cercaan kita, dia akan hilang pertimbangan dan pegangan kepada Tuhan? Kalau dengan sebab bahasa kita yang suka cakap, “Wei kau bapoklah, tak payahlah solat terus confirm masuk neraka”, dia betul-betul tak solat dan putus asa dengan Allah.

Apa kita nak jawab dengan Allah kelak?

Adakah dengan sebab bahasa buruk kita, dia dah tak mampu confident dan yakin dengan dirinya lagi?

"Kita sedang membuli tanpa disedari.."

"Kita sedang membuli tanpa disedari.."

Peliknya kita. Kalau anak kita setakat kena jentik je pun di sekolah, terus nak masuk kes saman dan nak belasah. Tapi kita hari-hari duduk kecam individu yang kita tak suka, bahkan siap sanggup buat fake account lagi.

Kita banyak lupa, akan tiba hari di akhirat kelak. Dalam susah payah, kita kena cari orang yang kita umpat dan keji tadi untuk minta maaf. Itupun kalau dimaafkan.

Kadang-kadang tu viral tanpa usul periksa. Semua yang dia nampak, tak boleh kalau tak share. Macam dah jadi sindrom.

Ya Rabb, penulisan bukan sekadar kejar likes dan share tetapi kita menggalas tanggungjawab yang besar nak sebarkan manfaat dan menuai pahala. Jangan jadi pelabur dosa. Tak malu pula kita, nak jawab apa nanti bila di akhirat.

Kawan, tiada satu benda pun memberikan kita authority untuk up kan story kecaman dan jatuhkan maruah orang lain.

Bila terjadinya viral sesuatu perkara, kita laju untuk jadi Tuhan menghukum manusia. Kita benci orang-orang tadi atas sebab kesalahan zahir mereka yang kita nampak.

Tapi kita lupa, aib kita yang berlambak ini pun Allah tutup, tetapi mereka yang tadi Allah buka terhidang luas. Hari ini hari mereka, esok mungkin hari kita.

Kita sedang membuli tanpa disedari..

Kita sedang membuli tanpa disedari..

Mereka salah hari ini, tapi apa lesen kita nak ambil alih tugas Tuhan. Macamlah kita tak pernah buat salah. Daripada sibuk dengan aib orang lain, lebih baik perbaiki aib sendiri.

Tadahlah doa, moga Allah selamatkan mereka, berikan moral support dan berdoa Allah tidak uji kita seteruk ujian mereka. Bersikap rahmahlah dengan semua orang. Itu yang diajar agama kita.

Saya tak menyokong maksiat, kesalahan atau penipuan. Kita benci kesalahan tapi bukan individu atau pelakunya. Saya cuma minta kita tidak membudayakan sesuatu yang akan merosakkan nilai dan harga diri kita. Jaga mulut dan perkataan kita.

Jika benar salah, bawa sahaja ikut saluran yang betul. Mula dengan nasihat, jika tak berhasil, ke kaunseling, polis atau mahkamah. Tapi jangan jadi manusia yang cukup jahat dan negatif mulutnya.

Pejam mata dan bayangkan seketika, andai saja sedikit sumbangan aku mengutuk dan troll orang di media sosial ini membawa kepada depression, tekanan emosi, gila bahkan membawa kepada ending bunuh diri.

Adakah kita akan tetap berbangga?

I am against cyber bully and I support depression and mental illness fighters,

Syarifah Furaiha
Founder FURAIHA
1.54 pm | Cairo

#againstcyberbully
#founderfuraiha
#syarifahfuraiha
#berkatayangbaikataudiam

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.