Header Ads

Luahan Sayu Seorang Wanita Apabila Rumahtangganya Diganggu Wanita Lain Dengan Alasan Menumpang Kasih

Belum reda lagi agaknya isu Izreen Azminda brnikah dengan suami orang pada Ogos lalu. Rata-rata netizen mengecam tindakan beliau yang berkahwin secara senyap sudah hampir 5 bulan. Malah ada yang mengatakan juga ‘benda baik,buat apa nak sorok?’.

Malah ada juga yang bersimpati dengan nasib isteri pertama Intan Liana Saleh, 32, yang hanya mengetahui perkara ini selepas 5 bulan perkahwinan Izreen dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid seorang pemuzik.

Luahan Sayu Seorang Wanita Apabila Rumahtangganya Diganggu Wanita Lain Dengan Alasan Menumpang Kasih

Terkini tampil seorang wanita yang meluahkan rasa ‘geram’ beliau apabila seorang wanita yang bernasib seperti Intan yang ‘terpaksa redha’ dengan dugaan ini. Apa yang beliau luahkan di muka buku ini juga ada betulnya juga.

Ini apa yang tertulis di mukabuku beliau.

Disebalik Alasan Ingin Menumpang Kasih, Ini Luahan Rasa Terpendam Dari Hati Seorang Wanita

ISU RAMPAS SUAMI ORANG, PERAMPAS GUNA ALASAN MENUMPANG KASIH ??

Saat Si Isteri pertama tulis

“Saya Redha Sebab Saya Sayangkan dia”

First thing saya sendiri duk fikir, kenapa dia begitu naif mempersalahkan diri “tak pandai jaga suami” walhal si isteri sehingga mampu melahirkan dua orang anak.

Rupanya first wife dan full housewife. Tak bekerja dan bergantung harap pada suami. Sampai sanggup telan pahit hempedu yang datang

Betul, ajal dan maut di tangan Tuhan.

Letaklah dalam kepala selalu bahawa suami itu bukan hak kita . Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan .

Wahai kaum isteri sekalian carilah pendapatan sendiri walaupun sebesar “RM10”, walaupun cuma RM10, jika ianya dilakukan dengan passion dan kesungguhan boleh pergi jauh dari RM10 .

Disebalik Alasan Ingin Menumpang Kasih, Ini Luahan Rasa Terpendam Dari Hati Seorang Wanita

Wahai si isteri, selagi suami mu makan gaji dari company, bantulah suami !

Carilah pendapatan hanya dengan duduk di rumah .

Orang cakap, buat apa suami isteri nak kerja? Tak cukup makan lagi ke?

Let me explain, saya berkawan dgn kelompok semua kawan kawan sy berbisnes walaupun suami nya seorang bussines yg berjaya . Suami dia sebulan belas belas ribu income . Tp si isteri tetap jual online, pergi makeup orang, tahu sebab apa ?

Puas !

Puas dgn duit sendiri . Puas dengan usaha sendiri. Puas tengok anak anak cantik dengan apa yang kita rasa NAK BELI .

Why not jadikan kisah rampas merampas suami, menumpang kasih ni semua satu TURNING POINT untuk kita as a wife, mulakan hidup baru dengan mencari duit poket sendiri .

Setidak tidaknya, kita tidak risau apa akan mendatang nanti.

Sebab orang kata hidup ni tak selalu indah. Kalau bukan kerana sebab suami di rampas, mungkin ada sebab dan musabab lain yang boleh menimpa kita .

Dengan kegawatan ekonomi sekarang, saya sangat percaya seorang isteri itu perlu cari duit sendiri untuk diri sendiri , anak anak , dan suami .

Disebalik Alasan Ingin Menumpang Kasih, Ini Luahan Rasa Terpendam Dari Hati Seorang Wanita

Dan apa yang diluahkan oleh Ain mahazis ini benar-benar membuka mata wanita yang membacanya kerana dengan situasi ekonomi yang gawat pada hari ini menuntut kita untuk mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Sudah-sudahlah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ubah diri anda bermula sekarang sebelum semuanya terlambat!


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.