Header Ads

Mulai Januari 2018, Semua Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2017: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 sebagai antara usaha berterusan KWSP untuk menambahbaik dan memenuhi jangkaan ahli.

Semasa mengumumkan inisiatif penambahbaikan dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha kami untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.”

Mulai Januari 2018, Semua Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa

Penambahbaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 adalah:

1. Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah

Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.

2. Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun

Polisi Pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 dalam polisi terdahulu.

Bagi membantu ahli merancang keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan yang disediakan secara percuma kepada ahli di 18 cawangan seluruh negara.

3. Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun

Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa, telah dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.

4. Melanjutkan Bantuan Kematian dari umur 55 tahun ke 60

Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, kini akan dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur persaraan minimum pada 60 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai penambahbaikan skim dan polisi KWSP bermula 1 Januari 2018, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa Mulai Januari 2018

INFO :

Pencarum atau mana-mana ahli yang mengambil atau masih lagi mempunyai baki pinjaman perumahan dengan mana-mana bank seperti berikutnya;

1. Maybank
2. Bank RHB
3. Bank OCBC
4. Bank Simpanan Nasional (BSN)
5. Bank Islam

Anda boleh membuat permohonan untukPengeluaran Perumahan KWSP dengan menghantar borang permohonan menerusi e-Pengeluaran secara online iaitu bagi ahli yang mempunyai mempunyai i-Akaun sahaja. Manakala, ahli yang belum berdaftar harus mendaftar terlebih dahulu untuk memohon secara atas talian.

Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa Mulai Januari 2018

Faedah Sebagai Ahli KWSP

– Manfaat Persaraan

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

Apabila anda mencarum 8% daripada gaji anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12% atau 13% lagi caruman daripada gaji anda (kadar caruman ini tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan).

Bagaimanapun, anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun yang ditetapkan. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan manfaat persaraan tersebut.

– Dividen

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%.

Dividen ke atas setiap akaun ahli dikira berdasarkan agregat baki harian (aggregate daily balance).

Dividen Simpanan Shariah

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

– Bantuan Hilang Upaya Dan Bantuan Kematian

Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian adalah tanda simpati KWSP yang dibayar kepada ahli/penjaga atau waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli mengalami hilang upaya ataupun meninggal dunia. Bayaran ini bukanlah daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada pendapatan pelaburan KWSP.

– Bantuan Hilang Upaya (Pengeluaran Hilang Upaya)

Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa Mulai Januari 2018

Bantuan Hilang Upaya dibayar kepada ahli yang hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Jumlah Bantuan Hilang Upaya adalah sebanyak RM5,000.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia;

√ Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
√ Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
√ Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
√ Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.
√ Bantuan Kematian (Pengeluaran Kematian)

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat. Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia;

√ Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
√ Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM6,000.00 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa).

Anda tidak perlu membayar cukai pendapatan ke atas simpanan yang anda keluarkan di bawah pengeluaran simpanan KWSP. Selain itu, pulangan pelaburan KWSP juga terkecuali daripada dikenakan cukai.

Caruman Pilihan Sendiri

Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk memiliki simpanan di hari persaraan.

Berikut adalah golongan yang layak mencarum dalam caruman sukarela di bawah Akta KWSP 1991:

Orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan).
Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang tidak bergaji, pekerja berpencen dan mereka yang bukan majikan atau bukan pekerja seperti yang ditetapkan di dalam Akta KWSP 1991.
Pekerja warganegara Malaysia yang telah mengeluarkan kesemua simpanan mereka di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara dan telah kembali dan bekerja semula di Malaysia.
Bayaran caruman boleh dibuat melalui Borang KWSP 6A (1).

Bagaimana Mencarum di Bawah Kemudahan Caruman Pilihan Sendiri

Pencarum KWSP Yang Layak Boleh Buat Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa Mulai Januari 2018

Syarat-syarat Kelayakan

√ Warganegara Malaysia; DAN
√ Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).

Cara Membuat Bayaran

√ Mengemukakan Borang Bayaran Caruman Pilihan Sendiri – KWSP 6A(1) bersama bayaran di mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan oleh KWSP.
√ Borang KWSP 6A(1) boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun daripada laman web ini.
Bentuk Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat di dalam bentuk:
Tunai;
Kiriman Wang;
Cek;
Perbankan Internet

Jika bayaran dibuat melalui cek, kiriman wang, atau bank draf, nombor rujukan ahli dan bulan caruman perlu dicatatkan di bahagian belakangnya.

Had Bayaran

Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 bagi setiap transaksi; DAN
Maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.

Nota:

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

Saluran Pembayaran Caruman

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA. Bayaran Caruman Pilihan Sendiri boleh dibuat menggunakan borang KWSP 6A (1) melalui saluran seperti berikut:

Kaunter Peresitan KWSP:-

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur;
Jalan Gasing, Petaling Jaya;
Shah Alam;
Seremban;
Melaka;
Johor Bahru;
Muar;
Kuantan;
Kota Bahru;
Kuala Terengganu;
Kangar;
Alor Star;
Kota Kinabalu;
Kuching;
Ipoh;
Seberang Jaya
Melalui mel;
Kaunter Ejen Bank;
Maybank Berhad;
Public Bank;
RHB BANK;
Bank Simpanan Nasional
Perbankan Internet (Tidak memerlukan borang)
Maybank Berhad;
Public Bank;
CIMB
Kuwait Finance House

Nota:

KWSP tidak menggalakkan ahli membuat bayaran secara tunai di kaunter KWSP terutamanya bagi bayaran melibatkan amaun yang besar.

Ahli yang memilih untuk mencarum secara sukarela akan menerima semua faedah yang ditetapkan di bawah Akta KWSP, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya.

Sumber: Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

(Baca: Jika Pencarum KWSP Meninggal Dunia, Pewaris Boleh Tuntut Bantuan Kematian RM2500)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.