Gara-Gara Tayang Duit Live Di Facebook, Pengusaha Komestik Disamun Dan Ditembak

Usahawan Kosmetik kena samun duit dan barang kemas, ditembak di kaki dan kena pukul di kepala..
Seorang pengusaha alat komestik iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.
Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga online di laman sosial
Gara-Gara Tayang Duit Live Di Facebook, Pengusaha Komestik Disamun Dan Ditembak
Menurut laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki. Kemungkinan mangsa juga dipukul bahagian kepala dengan mengunakan objek tumpul.
Dikatakan semua barang kemas dan duit telah disamun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata. Menurut page AJRP juga, berkemungkinan kejadian in berlaku diatas kekerapan mangsa yang membuat live di Facebook. Mangsa sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook dan selalu menuunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.
Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.

© copyright 2018 – All rights reserved

BLOGMAZEER.COM

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply