Header Ads

'Pentagon Samarahan' Didakwa Menyusahkan Pemandu

Kenapa digelar 'Pentagon Samarahan'? Anda boleh saksikan sendiri menerusi gambar yang kami kongsikan di bawah ini.

Ramai pengguna jalanraya yang merungut dan mempersoalkan fungsi sebenar 'memanjangkan' jalan yang sebenarnya 'singkat', mudah dan menjimatkan masa.

Berikut merupakan antara luahan pengguna jalanraya yang ternyata kecewa dengan  'Pentagon Samarahan' ini.

'Pentagon Samarahan' Didakwa Menyusahkan Pemandu

PENTAGON SAMARAHAN.

Kacak nak? Tapi apa yang sik kacaknya ialah tentang jalan yang dahulunya semudah A,B,C kinek tok dah jadi V,W,Y,Z.

Jika anda memandu dari arah Desa iLmu ke Feri Samarahan sudah pasti anda akan melalui keadaan jalan yang langsung tak masuk akal. Mungkin keadaan ini tidaklah terlalu merumitkan bagi mereka yang pertama kali melalui jalan tersebut namun tidak bagi pengguna yang sering berulang-alik sejak dari dulu lagi.

Jika dahulu pengguna jalanraya mengambil masa sekitar kurang dari seminit dari A ke C, kini dengan penututupan jalan lama dan membina jalan baru, masa perjalanan menjadi semakin jauh.

'Pentagon Samarahan' Menyusahkan Pengguna Jalanraya

Belum lagi ditambahkan dengan keadaan pada waktu malam. Sepanjang jalan ini gelap, walaupun ada tiang lampu namun ia langsung tidak berfungsi. Diharap pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian serius tentang keadaan ini lebih-lebih lagi ia merbahaya untuk pemandu wanita.

Tanda arah jalan? Kitak orang rasa ada sik?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.