Header Ads

Rupanya Gadis Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR Bukan Calang-Calang Orang

PETALING JAYA: Netizen dikejutkan dengan video tular di media sosial pada Khamis dengan keterangan ‘Anak siapa pergi sekolah naik GTR’.

Video tersebut mendapat perhatian apabila seorang gadis manis memakai baju kurung seragam sekolah memandu kereta ‘sporty’ Nissan GTR 35 merah jambu.

Rupanya Gadis Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR Bukan Calang-Calang Orang

“Dahsyat budak sekolah zaman sekarang, naik GTR pergi sekolah. Zaman dulu tumpang kawan saja naik basikal. Nak beli basikal pun tak mampu,” antara komen netizen mengenai gadis berkenaan.

Barangkali ramai yang menyangka pelajar sekolah yang menaiki GTR itu baru berusia belasan tahun, tetapi dia sebenarnya sudah pun berkahwin.

‘Pelajar’ di dalam video dan gambar bersama GTR yang tular itu, Nik Murniriaty Mohd Zakri, 29, mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah isteri dan ibu kepada dua anak, masing-masing berumur sembilan dan dua tahun.

Siapa Sebenarnya Awek Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR
Murny disangkakan pelajar selepas berpakaian seragam dan menaiki GTR untuk ke sekolah. Foto Murnyss Zac

“Sayalah ‘budak sekolah’ yang naik GTR tu. Tapi saya bukanlah masih bersekolah, saya dah kahwin pun kira-kira 10 tahun, dah ada dua anak.

“Sesi persekolahan yang baru bermula ni membuatkan saya merindui zaman sekolah. Jadi, saya sekadar suka-suka pakai baju sekolah, mengimbas kembali masa sekolah dulu,” katanya kepada mStar Online.

Siapa Sebenarnya Awek Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR
Murny mempunyai minat dengan kereta ‘sporty’. Foto Murnyss Zac

Lebih dikenali sebagai Murny, dia yang berasal dari Machang, Kelantan mengusahakan perniagaan produk kecantikan dalam talian sejak empat tahun lalu.

Namun dia menafikan video dan gambar bersama kereta GTR itu dirakamkan sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan produknya.

“Saya memang dah lama minat bawa kereta laju dan ‘sporty’. Sebelum ni pun dah banyak kali bergambar dengan kereta ni, cuma yang berbaju sekolah yang tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Jangan ingat saya terlalu senang masa sekolah dulu. Lepas habis sekolah, saya dan dua beradik lain perlu berjalan kaki sejauh dua kilometer dari sekolah ke tempat kerja ibu di Kuala Krai, dan kami sama-sama tunggu ibu habis kerja barulah balik naik kereta pulang ke rumah di Machang,” katanya.

Walaupun hanya mempunyai taraf pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Murny menjelaskan bahawa ia bukan penghalang bagi dirinya meneruskan kehidupan dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Selain Nissan GTR 35, Murny turut mempunyai kereta Mini Cooper dan BMW, kesemuanya berwarna merah jambu.

Mengakui tindakannya berpakaian sekolah dan keterangan ‘posting’ tersebut mungkin mengelirukan, dia berharap netizen tidak terlalu cepat menghukum dan membuat kecaman tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Anak sulung daripada empat beradik ini menjelaskan bahawa dia mempunyai dua lagi kereta iaitu Mini Cooper dan BMW, kedua-duanya juga berwarna merah jambu.

“Tapi GTR ni yang paling saya suka, dah beli setahun lalu. Biasanya saya bawa bersiar-siar bersama suami,” katanya sambil menambah kereta GTR itu berharga hampir RM300,000 termasuk kos pengubahsuaian.

Siapa Sebenarnya Awek Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR

Siapa Sebenarnya Awek Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR

Siapa Sebenarnya Awek Viral Pakai Baju Sekolah Naik Nissan Skyline GTR



Sumber: mstar.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.