Header Ads

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Tidak dapat dinafikan, benda-benda halus sebenarnya wujud dan turut sama menumpang di dunia kita yang fana ini. Antara yang mengalami banyak gangguan adalah pelajar IPT, terutama mereka yang tinggal di asrama. Mana taknya, bangunan yang mereka duduki/diami mungkin saja merupakan tempat tinggal makhluk terbabit.

Sebagai orang beriman, kita pastinya percaya akan kehadiran makhluk halus. Di sini, kami kongsikan kepada anda semua 5 kisah seram berdasarkan kisah sebenar yang dialami sendiri oleh pelajar kolej yang dirahsiakan lokasinya.

1. Siapa kat belakang awak tu?

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Kisah ni berlaku kat pelajar kolej dekat Seremban pada tahun 2010. Dia kata dia duduk dekat kolej dengan kawan-kawan dia. Dorang duduk tingkat atas sekali dan rumah tu besar tapi ada dua bilik je. So, satu bilik ada enam orang and satu bilik lagi ada empat orang.

Nak dijadikan cerita, si pencerita, Aurora, tinggal berdua dengan kawan dia, Jue sebab yang lain dah balik rumah untuk cuti sem. Si Aurora ni pulak tak balik kampung sebab nak temankan Jue yang tak balik sebab takde duit nak beli tiket. So, kata Aurora, dalam pukul 10 malam macam tu, dia buat call 3G berborak dengan kawan dia dekat balkoni. Lepas tu, tetiba kawan dia tanya siapa ada kat belakang dia. Mak aii!

Aurora ni rasa peliklah. Mana ada sesiapa belakang dia! Tapi sebab dia nak tau jugak, dia decide nak tengok muka dia dekat screen handphone and nampak sisi tepi sorang perempuan yang berambut panjang and kusut sampai tutup muka, baju putih yang dah lusuh. Aurora ni terperanjat, terus end call, tutup pintu balkoni and pecut lari pergi kat Jue. Malam tu Aurora kata, dia dengan Jue tak leh tidur teringatkan peristiwa tu. Mana nak tidur weh kalau dah nampak tuuuu…

2. Rindu kat siapa tuuuu?

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Kisah ni berlaku kat sebuah IPTA dekat Bangi kat sorang pelajar ni yang decide dengan kawan dia nak buat tesis sampai malam. Tapi masa time petang tu, dia pergi amik wuduk nak solat and masa tu dia dah rasa macam ada orang tengah tengok dia. Tapi dia buat dunno je lah kan. Tapi masa dia tengah tengok cermin, dia perasan macam ada kelibat lalu tapi bila tengok, tak de orang pun.

Malam tu pulak, dia buat tesis sampai 11 malam dan dia still rasa macam ada orang perhatikan dia and after beberapa hari, ada nampak kelibat hitam pulak kat mana-mana dia pergi. Then, satu malam dia buat qiamulail supaya Allah bagi petunjuk sebab tak tahan sangat. Malam tu jugak dia dapat mimpi ada budak kecil lelaki tak pakai baju and tubuh berdaki, pendek dan botak. Seluar dia pulak diperbuat daripada kulit kayu. Dan dalam mimpi tu, budak tu asyik ikut dia je.

Dah jadi macam ni, dia pun jumpa ustaz untuk buat rawatan. Tapi lepas buat rawatan tu, dia rasa sedih, sayu dan rindu kat siapa pun tak tau. Tapi tak habis macam tu je wehh. Sebab dia jadi makin teruk dan takut nak tidur tanpa sebab and siap ada dengar orang panggil-panggil lagi. Mungkin dia rindu ‘benda’ tu dan ‘bentu’ tu rindu dia.. Meremang! Tapi kan tak tau apa penghujungnya, sebab last-last dia kata dia terus pack barang blah terus dari rumah tu. Maybe berubat kat kampung.

3. Siapa yang ambil wudhu tu?

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Kisah yang ni pulak jadi kat kolej IPTA yang ada kat PJ. Si tukang cerita yang diberi nama Hadi ni cerita pengalaman yang jadi masa tahun 2013. Lama jugak tu. So, Hadi ni dia kata ada sorang mahasiwi asal Sabah ni selalu kena kacau. Dia kata, sekali budak perempuan tu meraung sampai ke kolej lelaki boleh dengar suara dia and dia akan menjerit setiap kali dengar azan. Selalunya time azan Asar bawak ke Subuh lah dia akan meraung tu. Kesiannya…

Kesian budak perempuan tu makin teruk walaupun kolej dah panggilkan macam-macam ustaz sampai last-last parents dia bawak dia balik Sabah je nak berubat kat sana. Ada one time tu, tengah cuti sem, so semua balik and yang tinggal beberapa kerat students yang terlibat dengan program. Sebab beberapa ketul je yang ada, pihak pengurusan kumpulkan bebudak ni kat blok perempuan tu. Then, katanya dua tiga hari pertama okay je takde masalah pun sampailah ada sorang student ni yang dapat bubbletalk. Ni memang zaman dulu ni.

Kat mesej tu, ada suara orang perempuan nyanyi lagu asmaradana. Tapi memula dorang lek jelah but tetiba tiap malam ada orang ketuk pintu tapi tak de siapa pun. Kalau tak bukak pintu, makin kuat dia ketuk. Lepas tu ada jugak one time sorang student belum lelap mata lagi, kawan-kawan lain dah selamat tidur. Tetiba pintu toilet terbuka sendiri slow-slow je and dia nampak ada someone tengah berdiri dan tunduk macam tengah ambil wudhu. Dia try kejut kawan dia guna kaki, tapi tak bangun pulak. Dia pun pejam mata paksa diri tidur. So sejak malam tu, sampai program habis, mamat tu tidur berhimpit dengan kawan-kawan dia membelakangkan toilet sebab takut jadi lagi.

4. Basuh kain ke tu?

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Cerita ni pulak jadi kat Kolej IPTA kat Perak. Kata Pija, dia temankan kawan dia Qila pukul tiga pagi pergi bilik akak senior sebab nak sewa broadband. So, masa pergi tu, akak tu pas gitu je broadband tu, takde cakap pape pun. And then, si Pija ni tetiba pulak rasa nak terkucil and decide nak guna toilet area bilik akak tu je. Sebab nak pergi toilet dekat dengan bilik dorang macam jauh pulak. Pija dah tak tahan nak terkucil dah ni. So, dorang pun masuklah toilet situ.

Masa Pija dah keluar and tengah basuh tangan kat sinki, dari cermin, dia ternampak ada sorang minah ni rambut panjang sampai pinggang and kusut. Pakai kain batik sambil tengah basuh baju pakai tangan. Tapi, peliknya minah tu sental-sental baju dia tapi baju tu langsung tak basah dan tak de sabun pun. Pija ni dah gelabahlah kan tapi decide tak nak pandang perempuan tu. Bila Qila dah keluar toilet, dia pun bagi eye signal nak tunjuk minah tu kat Qila. Bila dia nampak, dia pun gelabah jugak lah.

Lepas tu, dorang ni pulak pergi pandang and masa tengah pandang tu, minah tu pun pandang dorang dengan muka marah dan tak puas hati. Dorang terus cabut lari balik bilik dorang. Masa kat bilik dorang memang dah pucat and tak leh tidur, so, Pija pun temankanlah Qila online tapi tetiba dengar bunyi mengilai dari luar tingkap. Takuuuuuttttttt!!!! So, dorang paksa diri tidur langsung tak jadi online. Bila besok tanya akak senior, ada ke sesiapa yang macam dia nampak tu, akak tu kata tak ada pun. So, sampai sekarang jadi misteri perempuan yang basuh kain tu siapa sebenarnya?

5. Eh, bukan kau ke?

5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Anda Seriau Tak Nak Duduk Kolej!

Kisah ni jadi kat IPTA kat Shah Alam. Universiti mana lah tu kan? Alkisah ada dua sekawan ni yang duduk sebilik. Kat kolej dorang duduk tu ada empat orang. Tapi yang dua lagi tu dah lena tidurlah. Yang dua kawan ni pulak, Mariam dan Hani tak tidur lagi sebab dorang ada banyak giler assignment nak kena siapkan. So dorang stay up nak setelkan semua tu. Lepas tu, yang Mariam ni macam ngantuk sangat, dah tak tahan mata nak memandang laptop, so dia baring terlentang atas katil.

Yang si Hani pulak sambung buat kerja dekat meja study next to katil Mariam. Mariam cerita dia rasa macam dia baru je nak lelap mata, tetiba dia rasa berat kat atas badan and macam ada rambut mengurai dari atas ke dia. Dalam hati, Mariam macam peliklah. Kenapa si Hani ni pergi hempap dia. Tak de kerja ke apa. So, dia pun bukak sikit mata dia nak intailah awat minah ni kan. Tapi…

Masa dia bukak mata tu, dia nampak Hani bukan atas dia. Dia tengah elok je buat assignment kat meja study tu. Lepas tu Mariam cakap dia try panggil Hani tapi macam tak terkeluar bunyi. Dia dah sakit dah ni and dia start baca-baca. And masa tu dia dengar bunyi salakan anjing kuat giler kat luar. Masa tu dalam pukul 3 pagi weh masa benda tu jadi. Then, dalam beberapa minit barulah benda tu hilang and terus dia terjaga dan tanya Hani dengar tak bunyi anjing, nampak tak dia tengah struggle dan ada benda atas dia tadi. Hani macam pelik sebab dia kata time tu sunyi je tak de pulak bunyi pape. Mariam ni malas nak panjangkan cerita, dia terus bangun sambung buat assignment sebab tak leh tidur dah.

Kesimpulan

Seteruk manapun gangguan yang kita hadapi, jangan lupa bahawa Allah la tempat kita berlindung. Jangan lupa perbaiki solat dan banyakkan membaca Al-Quran. Insha Allah, hidup akan aman dari gangguan-gangguan yang tidak diingini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.