Header Ads

Akibat Kemurungan, Askar Tembak Jatuh MH17 Menamatkan Riwayatnya

Akibat Kemurungan, Askar Tembak Jatuh MH17 Menamatkan Riwayatnya

Kapten Vladyslav Voloshyn, tentera yang dianggap Ukraine sebagai wira perang atas pembabitannya dalam puluhan perang - dan dituduh menembak pesawat udara MH17 - membunuh diri di rumahnya.

Menurut polis sepucuk pistol turut ditemui berhampiran mayat Kapten Vladyslav Voloshyn itu.

BBC yang memetik laporan media Ukraine berkata Voloshyn membunuh diri di rumahnya di Mykolaiv yang terletak berhampiran Laut Hitam.

Akibat Kemurungan, Askar Tembak Jatuh MH17 Menamatkan Riwayatnya

Semasa hidupnya Voloshyn melaksanakan 33 misi menggunakan jet tempur Su-25 bagi menyerang pemberontak yang disokong Rusia di timur Ukraine.

Bagaimanapun Voloshyn menafikan dia bertanggungjawab menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu berkecai di udara sebelum terhempas dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu.

Dia juga menganggap tudingan Moscow ke arahnya atas tragedi menimpa pesawat MAS berkenaan sebagai satu penipuan.

Akibat Kemurungan, Askar Tembak Jatuh MH17 Menamatkan Riwayatnya

Voloshyn, 29, sudah meninggalkan pasukan tentera dan diberi tanggungjawab menguuruskan sebuah lapangan terbang di Mykolaiv.

Media tempatan melaporkan Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan. Bagaimanapun punca kemurungan itu tidak dinyatakan.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Ketika kejadian keluarga Voloshyn dilaporkan berada di rumah berkenaan. Mereka mengejarkan Voloshyn ke hospital tetapi disahkan dia kemudian disahkan sudah mati.

Pesawat udara MH17 itu ditembak ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Sumber: malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.