Header Ads

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

“Memang la sedekah itu membuka pintu rezeki. Yang jadi masalah, hang sedekah baju kurung dekat pondok lelaki. Hahaha!”

Rakyat negara kita ni memang pemurah orangnya. Bukan time bencana dan malapetaka je, orang Malaysia ni ringan sangat tangan diorang menderma dan bagi sedekah kat orang-orang yang memerlukan.

Cuba ingat balik waktu banjir besar kat Pulau Pinang hujung tahun lepas, satu Malaysia turun padang bagi sumbangan kat mereka yang terjejas dengan banjir besar tu. Dua hari lepas, ada lagi cerita pasal sikap pemurah rakyat Malaysia ni dikongsikan kat Facebook.

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Entri tu dikongsi oleh PU Rahmat Ikhsan, bekas peserta rancangan realiti Islamik, Pencetus Ummah. PU Rahmat ni dia ada share satu gambar pelajar-pelajar tahfiz kat Facebook. Sekali pandang nampak macam takde ape yang pelik pun.

Tapi yang pasti baju pelajar-pelajar tu nampak macam ala-ala meriah sikit warna dia, tak macam baju budak tahfiz yang selalu kita tengok kaler putih tu. Bila tengok betul-betul, rupa-rupanya budak-budak tu pakai baju kurung! Alahai kenapa pulak ni?

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Dalam entri tu PU Rahmat ada mention yang baju kurung tu didermakan oleh orang ramai kepada pondok tahfiz lelaki tu. So dengan niat nak bergurau, pelajar-pelajar pondok tu try la baju kurung sumbangan tu. Tolak terus karang terasa pulak penyumbang tu nanti, ye dak?

Bukan baju kurung je, baju gaun pun ada jugak. Semuanya elok-elok dan cantik-cantik lagi. Netizen yang tengok entri PU Rahmat tu rata-rata memang sangat terhibur dan geli hati tengok gambar tu, pecah perut dibuatnya.

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Pelajar-pelajar tu pun nampak macam have fun je duk cuba baju-baju kurung tu, sekali sekala bergurau hilangkan stress apa salahnya, kan? Adoi geli hati pulak aku tengok gelagat diorang ni sorang-sorang. Korang baca la sendiri komen-komen ni. Rasa macam kena geletek je tengok komen diorang ni.

Aksi Pelajar Tahfiz Selamba Pakai Baju Kurung Sumbangan Penderma Buat Ramai Terhibur

Siap acah-acah macam pegang handbag pun ada! Lepas tengok entri ni, ada jugak yang tanya kat mana alamat sebenar tahfiz ni? Kalau tahu kat mana, boleh la diorang dermakan pakaian yang sesuai dengan pelajar-pelajar tahfiz ni instead of baju kurung. Betul jugak tu!

Macam-macam la diorang ni kan, terhibur hati admin hari ni.

Sumber: Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.