Header Ads

“Cerita Ini Dibacakan Mantera Yang Sebenar Berdasarkan Kisah Benar” – Ini Yang Saya Alami Selepas Tengok ‘Siccin’ 3 Siri

“Cerita Ini Dibacakan Mantera Yang Sebenar Berdasarkan Kisah Benar” – Ini Yang Saya Alami Selepas Tengok ‘Siccin’ 3 Siri

"Mungkin ini antara asbab BACAAN MENTERA (JAMPI) dalam cerita SICCIN (dengan izin ALLAH SWT). cerita ni memang tak seram cuma bacaan mentera dalam cerita ini adalah BENAR memanggil-manggil jin dan syaitan."

Baru-baru ini viral filem bersiri bergenre horror yang berasal dari Turki yang bertajuk ‘Siccin’. Mengikut pengamatan kami, filem ini telahpun sampai ke siri 5. Untuk anda yang meminati filem bergenre horror, filem ini sangat-sangat disarankan untuk anda.

‘Siccin’ merupakan filem yang diadaptasi berdasarkan kisah sebenar di mana manusia, khususnya umat Islam sering sahaja meminta pertolongan dari jin dan iblis untuk memperoleh ‘kekuatan’ untuk membinasakan manusia lain.

Namun, disebabkan adaptasi dari kisah sebenar, filem ‘Siccin’ ini juga didakwa menggunakan mantera sebenar. Ini yang dialami oleh salah seorang penonton yang telah terjebak menonton ‘Siccin’ sehingga siri ketiga.

Ini Yang Saya Alami Selepas Tengok ‘Siccin’ 3 Siri

Ikuti kisahnya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah dengar movie horror bersiri dari negara Turkey bernama #SICCIN?

Sejujurnya cite SICCIN ini tidak seram cuma silap saya bila terlalu ghairah nak sangat tengok sampai lupa yang cite ini dibacakan MENTERA yang sebenar berdasarkan kisah benar.

Apa yang saya alami tanpa sedar lepas tengok SICCIN dalam 3 siri... 

√ saya jadi tak mengantuk tiba-tiba dari malam sampai pagi.
√ batuk teruk seteruk-teruknya sampai otak bergegar.
√ batuk tak berhenti tanpa mengira siang dan malam. tapi waktu senja (MAGHRIB) paling bertambah teruk batuk.
√ batuk yang sangat kuat tekanannya sehingga mengakibatkan rahim (peranakkan) saya jatuh.
√ batuk yang kuat dan teruk sehingga rasa kerap nak muntah dan keluar BUIH PUTIH.
√ dan SUAMI saya DEMAM sekitar 4-5 hari dan bila ambil darah... result takde masalah langsung.

Ini Yang Saya Alami Selepas Tengok ‘Siccin’ 3 Siri

Mungkin ini antara asbab BACAAN MENTERA (JAMPI) dalam cerita SICCIN (dengan izin ALLAH SWT). cerita ni memang tak seram cuma bacaan mentera dalam cerita ini adalah BENAR memanggil-manggil jin dan syaitan.

SICCIN atau sebutan dalam Bahasa Melayu "SIJJIN" bermaksud KITAB AMALAN BURUK yang mencatat segala perbuatan orang-orang durhaka (syirik pada Allah yang mempercayai benda lain selain Allah), yakni kitab catatan amal perbuatan orang-orang kafir (tersimpan dalam SIJJIN).

Menurut suatu pendapat, SIJJIN itu adalah nama sebuah kitab yang mencatat semua amal perbuatan SYAITAN dan orang kafir dan SIJJIN itu adalah nama tempat yang berada di lapisan bumi yang ketujuh; tempat itu merupakan pangkalan iblis dan bala tentaranya. Menurut Ibnu Katsir, SIJJIN bermaksud tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk.

Movie Siccin ini banyak siri.
Bedasarkan kisah benar.
Banyak bacaan MENTERA dan MENTERA yang dibaca dalam cerita ini adalah MENTERA YANG BENAR!

Yang ada anak kecil, tidak digalakkan tengok tapi kalau nak tengok jugak... off sound semasa BACAAN MENTERA dan JAMPI MENTERA dalam cerita ini menggunakan NAMA ALLAH SWT!... fuhh!

Untuk korang yang berani, boleh la layan cerita ‘Siccin’ ni.







Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.