Header Ads

Kes Kepala Manusia Tanpa Badan Akhirnya Terjawab

MISTERI kes kepala manusia yang ditemui tidak berbadan di Sungai Batang Lupar sudah terjawab setelah pihak polis melakukan siasatan susulan.

Identiti sebenar mangsa yang terpaksa dirahsiakan, diketahui merupakan seorang wanita berketurunan Cina dan dianggarkan berusia 31 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, identiti mangsa diperoleh selepas penahanan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita tersebut.

Kes Kepala Manusia Tanpa Badan Akhirnya Terjawab

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada pihak polis didapati meragukan.” katanya.

Suspek yang juga bapa kepada dua anak telah direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Bagaimanapun akhbar tempatan melaporkan bahawa suspek yang berusia 42 tahun itu merupakan seorang peniaga tempatan di sebuah bandar di negeri berkenaan.

Sementara itu, bahagian kepala tanpa sebarang anggota badan dan identiti tersebut kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Kepala wanita terbabit ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang, 3 Mac lalu. 

Misteri Kepala Wanita Tanpa Badan Terjawab

Sebelum ini, Penduduk Sri Aman hari ini digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman yang terletak kira-kira 280 kilometer dari pusat bandar di sini.

Kepala itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang.

Ketua Balai Polis Sri Aman, ASP Kerry Dunstan ketika dihubungi berkata setelah menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan keadaan fizikal, kepala manusia itu merupakan perempuan berusia 20-an dan dipercayai mati kurang dari 24 jam.

“Kepala itu kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat,”katanya.

Kerry meminta penduduk yang kehilangan ahli keluarga perempuan berusia 20-an untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. — BERNAMA

Misteri Kepala Wanita Tanpa Badan Terjawab

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.