Header Ads

“Samsung? Ew.” – Ameera Khan Hina Pengguna Android

Ameera Khan Hina Pengguna Android

Agaknya sudah ramai yang mengenali Ameera Khan, adik kepada selebriti dan usahawan popular, Neelofa. Ini bukanlah kali pertama Ameera mencetuskan kontroversi di laman media sosial.

Ameera dilihat sering memuatnaik gambar di laman Instagram, dan juga di laman Youtube.

Baru-baru ini, memetik satu video yang dimuatnaik oleh Rotikaya di twitter, dalam sebuah video rakaman yang diberi tajuk, ‘Quickfire Q&A With LMK’ yang meminta Ameera untuk memilih antara dua jenama dan perkara yang menjadi pilihan hatinya.

Apabila ditanya, memilih jenama telefon sama ada iPhone atau Samsung, secara spontan mengatakan, ‘Samsung? Ew.’ yang dikatakan netizen seolah-olah memandang rendah terhadap jenama Samsung.


Akhirnya, hari ini menjadi orang pertama yang mendapatkan alat permainan terbaru saya, Samsung S9 di senQ, dan juga banyak promosi yang ditawarkan oleh mereka! Waranti percuma tambahan selama 1 tahun untuk ahli PlusOne sehingga 24 bulan O% Internet IPP AEON 1% kadar faedah yang rendah berakhir pada 30 April dengan pembelian promosi untuk alat aksesori original Samsung #senQMY #SenhengMY

Berikutan perihal tersebut, ramai mengkritik Ameera Khan dan mengaitkan perkara tersebut dengan sebuah gambar yang dimuatnaik beberapa hari sebelum ini di Instagram Ameera Khan sendiri yang mempromosikan produk Samsung S9.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.