Header Ads

Uji Rashid Terus Diuji, Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja

Uji Rashid Terus Diuji, Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja

Insan yang bernama Uji Rashid sememangnya membuatkan dirinya diuji sepanjang hidup. Penyanyi popular 70-an ini terpaksa mengharungi banyak dugaan dan ujian antaranya kini dia tinggal bersama-sama anak lelaki, Cico Harahap dan cucunya, Rindu Norfitrah apabila dipaksa keluar dari rumah dek tidak mampu membayar sewa.

Tatkala memandang pada kehidupan hari tuanya yang dihimpit kesusahan, timbul persoalan kemampuan anak tunggalnya, Cico Harahap atau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39, untuk membantu keluarga. Pada tidak mengenali lebih rapat Uji, mesti ramai hairan kenapa Cico bergantung terus pada ibunya.

Menurut temubual Uji bersama Utusan Online, dia meminta agar jangan terus mencari salah anak tunggalnya.

“Memang itu yang saya harapkan apabila saya tua seperti ini agar anak saya menggalas tanggungjawab untuk menjaga saya. Tetapi itu hanya perancangan saya, yang menentukan kuasa Allah.

Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja, Uji Rashid Terus Diuji

Cico Tak Boleh Membaca

Uji turut berkongsi kesedihan terhadap perubahan anaknya selepas terkena penyakit misteri yang mengakibatkan Cico tak boleh bercakap dan membaca.

“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada penyakit yang dihidapi. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa,” kongsinya.

Cico Menghidapi Penyakit Misteri

Mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Uji berkongsi perkembangan mengenai keadaan kesihatan anaknya yang kini menjalani rawatan Islam.

Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Uji Rashid Kongsi Kesakitan Cico Selepas Diracun

Mungkin ramai yang ingin tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Cico atau nama sebenar Cico Harahap. Cico yang sering ditemui di salah sebuah pusat kecergasan bersama ibunya artis popular 70an, Uji Rashid sempat bertemu dengan penulis untuk mengetahui perkembangan terbaru Cico.

Bertanya mengenai keadaan kesihatnnya, Uji kini menjalani rawatan Islam dan selain akan membawa Cico ke Hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Walaupun Uji agak terkesan dengan musibah yang terjadi pada anaknya namun dia redha sehingga kini Uji masih belum menemui jawapan motif mereka yang tidak bertanggungjawab yang telah membuat sesuatu yang tidak baik kepada Cico.

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Rasa sayu bila lihat keadaan Cico yang lebih banyak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi bersama anak dan ibunya. Kali terakhir Uji mendengar suara Cico seperti normal sebelum dia meminta kebenaran untuk keluar bersama teman-temannya. Sejak dari saat itu Cico tidak pulang dari rumah dan sudah dihubungi berkali-kali namun tidak berjawab.

Menurut Uji, Cico pulang ke rumah terus ke bilik dan tidur sehinggakan dia sendiri tidak menyangka anaknya dalam keadaan tidak normal. Disebabkan Cico tidur terlalu lama dan tindakan Cico berdiam selepas ditanya berkali-kali buatkan Uji merasa sangsi.

Uji mendakwa Cico tidak kenal anaknya Rindu Norfitrah yang kini berusia lapan tahun.

Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja, Uji Rashid Terus Diuji

“Saya berkali-kali bertanya pada Cico apa yang terjadi malam sebelumnya sehingga dia tidak kenal anaknya sendiri (Rindu Norfitrah), tapi Cico tetap tidak berkata apa-apa”

Uji berkata, dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Cico di tawarkan untuk berubat bersama rakan silatnya untuk menjalani rawatan dengan tukang urut dari Batam.

Selepas diselidik, Uji dapat tahu Cico ditimpa malang oleh seseorang yang meletakkan racun dalam minumannya sehinggakan Cico jatuh sakit.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian tetapi saya dapat tahu ia hanyalah minuman biasa yang diletakkan racun.”

Sehingga kini Cico menjalani rawatan secara Islam di beberapa lokasi seperti di Mantin dan sekitar Sabah. Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim dan berapa teman-teman lain.

“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah dan banyak membantu Cico untuk memulihkan kesihantanya. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.

Uji turut berterima kasih dan terhutang budi pada beberapa orang individu yang banyak membantu Uji dengan memberi semangat serta usaha bagi memulihkan Cico.

“Terima kasih kepada Ustazah Sharifah Khasif, Dyg & keluarga, Datin Naini, Datuk Inchun, Dato’Hashim, Ustaz Amin dan keluarga, Cikgu Hadi , Shamsul & team, Azman & friends, Acong, Marya, semuanya yang berada di HUKM, who made me realize the light at the end of the tunnel, saw Allah showing all of us.”

“Tak lupa juga pada rakan-rakan media dan blogger yang mengenali Cico kerana tak henti-henti memberi sokongan,” tambah Uji sebelum mengakhiri bicara.

Sumber: Hangat.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.