Header Ads

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

“Mesti korang pernah tengok movie dari awal sampai akhir tapi rasa bikin panas dan tak puas hati je kan? Hah, inilah movie-movie tu.”

Dalam banyak-banyak filem, filem apa yang bila korang tengok dari awal sampailah habis, korang rasa macam tak puas hati je? Ending movie macam ni kadang-kadang tergantung, ada jugak kekadang tu macam tak sangka benda macam tu pulak yang jadi. Kalau tengok cerita macam ni waktu malam, sampai ke esok pagi lah korang tak abis fikir kenapa ending dia macam tu.

So untuk satisfy minat korang yang gemar tengok filem ‘mindfuck’ atau ‘bikin panas’ macam ni, kami senaraikan 12 filem dengan ending ‘bikin panas’ yang akan buat korang tak henti berfikir lepas menontonnya. 

1. Shutter Island (2010)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Filem lakonan hero kacak, Leonardo DiCaprio ni boleh buat korang botak kepala sebab tak habis-habis fikir apa sebenarnya yang berlaku dalam cerita ni. Kisah ni bermula bila Teddy Daniels, seorang marshal dengan rakan sekerja dia, Chuck Aule ni tengah siasat satu kes misteri kehilangan pesakit mental dari rumah sakit jiwa kat Pulau Shutter. Kehilangan pesakit bernama Rachel Solando ni sebenarnya sangat misteri dan tak logik akal kalau difikir-fikirkan. Tapi korang lagi takkan percaya bila tengok ending cerita ni. Sangat mengejutkan!

2. Fight Club (1999)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita filem ni mengisahkan pasal seorang lelaki yang tengah depress sebab insomnia berjumpa dengan penjual sabun, Tyler Durden lakonan Brat Pitt. Tak lama lepas tu, si lelaki terpaksa tinggal kat sebuah rumah yang sesak dengan orang sebab pangsapuri dia terpaksa dimusnahkan.

Sebab bosan, dia dengan Tyler tubuhkan satu kelab yang ada peraturan ketat dan dorang akan bertarung dengan lelaki-lelaki yang juga bosan dengan kehidupan dorang. Dengar macam menarik kan sebab ada fight-fight? Tapi tunggu sampai ke ending. Korang mesti akan sebut… “What the…??” sebab tak percaya dengan apa yang berlaku.

3. Butterfly Effect (2004)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita time travel macam ni memang boleh buat otak korang twist 360 darjah! Kisah ni bermula bila Evan Treborn lakonan Ashton Kutcher ada masalah sakit kepala yang teruk sangat sampai dia kerap pengsan tahan sakit tu. Tapi yang peliknya, setiap kali dia pengsan Evan ni boleh time travel ke zaman dia kecik-kecik dulu. Apa yang lagi best, Evan ni boleh ubah masa depan kawan dia yang pernah kena cabul dengan bapak sendiri. Cuma masalahnya, bila dia ubah benda yang berlaku masa lampau, situasi tu akan terubah sekali kat masa depan sampai Evan bahayakan diri sendiri!

4. Identity (2003)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Nasib malang orang 10 mangsa ribut dekat Nevada ni jadi bertambah malang bila dorang semua stuck kat dalam motel yang jugak dihuni seorang pembunuh bersiri. Pembunuh bersiri ni masih di bawah jagaan seorang ahli psikiatrik, Doktor Mallick yang jugak sebenarnya dah tahu plan pembunuh bersiri tu bila dia terbaca journal rahsia suspek. Lepas satu-satu orang mati kena bunuh, haa apa lagi terpaksalah mereka yang ada ni cari jalan untuk selamatkan diri!

5. Triangle (2009)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita yang memang diakui ramai orang sebagai sangat bikin panas ni mengisahkan Jess, ibu tunggal yang ada anak autisme. Jess ni bukan mak-mak biasa yang penyayang sebab dia sangat kejam dengan anaknya. Tapi suatu tragedi dah berlaku kat Jess masa dia pergi berlayar bersama kawan-kawan dengan menaiki kapal Triangle. Kapal tu tetiba tenggelam dilanggar ribut dan dorang terpaksa tumpang satu kapal lain. Sampai je dekat kapal tu dorang rasa ada orang macam tengah stalk dorang. Siapa orang tu? Wuuu misteri! 

6. Looper (2012)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Pada zaman masa depan, teknologi time travel dah wujud tapi hanya untuk mereka yang ada duit untuk mendapatkan teknologi ni di pasaran gelap. Tapi teknologi ni disalagunakan sebenarnya. Sesiapa yang berhajat untuk hapuskan seseorang, dorang akan hantar ‘Looper’ ke masa lampau untuk tamatkan nyawa target yang ingin dibunuh tu. Wuish gilalah cerita macam ni! 

7. The Gift (2015)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita ni bermula dengan kisah pasangan suami isteri yang bahagia, Simon dan Robyn yang kemudian berkenalan dengan Gordo secara tak sengaja. Tanpa pasangan ni ketahui, Gordo adalah masalah silam Simon yang merancang untuk memusnahkan hidup pasangan tu. Macam-macam benda berlaku sampai hidup Simon dengan Robyn ni jadi tunggang terbalik. Korang mesti stress lepas tengok ending cerita ni!

8. Interstellar (2014)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Bagi korang yang minat genre fiksyen sains, Interstellar is a must to watch tau! Filem ni mengisahkan tentang sekumpulan saintis dan angkasawan yang terlibat misi untuk tembus ‘wormhole’ dengan tujuan untuk selamatkan masa hadapan manusia. Meskipun misi ni berjaya, hero dalam filem ni terpaksa korban kehidupan dia sendiri sampai tak sempat nak tengok anak sendiri membesar. Sian betul!

9. Predestination (2014)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita lakonan Ethan Hawke ni memang bikin panas habislah! Ia mengisahkan tentang seorang agen yang ditugaskan untuk time travel ke masa-masa tertentu demi memburu seorang penjenayah yang tengah merancang untuk lakukan pengeboman. Tapi apa yang akan buat korang pening dengan filem ni ialah daripada awal sampai akhir…. penjenayah, mangsa dan agen adalah orang yang SAMA! Spoiler alert!

10. Inception (2010)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Kalau korang peminat Leonardo DiCaprio, ni salah satu filem dia yang korang patut tengok! Ia bercerita tentang Don Cobb, seorang pencuri ada kebolehan masuk dalam mimpi manusia. Dengan talent yang dia ada, Cobb boleh curi rahsia orang yang dia kehendaki tanpa disedari mangsa. Kalau tengok cerita ni, pastikan korang dapat beza yang mana realiti dan mimpi.

11. The Prestige (2006)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Level mind blowing cerita memang buat korang tak terjangka langsung! Pada abad ke-19 dulu, kononnya ada dua ahli silap mata bernama Alfred Borden dan Rupert Angier yang kuat bersaing antara satu sama lain. Dorang cuba macam-macam cara silap mata untuk tarik perhatian audience sampaikan salah seorang daripada dorang terpaksa membunuh untuk buat satu silap mata hebat.

12. The Lobster (2015)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Cerita ni memang pelik dan kalau terjadi kat masyarakat kita, maknanya ramai manusia yang akan berubah jadi haiwan. Ia mengisahkan tentang penduduk di zaman dystopian yang mana orang bujang kena cari pasangan dalam masa 45 hari dan kalau mereka ni gagal, mereka akan berubah jadi haiwan pilihan mereka. Uisshh lain macam ni! 

13. Badang (2018)

13 Filem Dengan Ending Yang Buat Korang Rasa Nak Tumbuk Muka Pengarahnya

Antara filem melayu yang paling bikin panas. Contohnya, babak mak si Badrul kena langgar sampai habis tergolek macam nangka busuk tapi masih hidup. Muka takde calar, tangan pun takde calar, tetiba arwah masa duduk kat katil hospital. Akibat dendam yang melampau, si Badang ni asyik nak show-off je. Paling bikin panas bila dia terjun dalam kolam nak selamatkan orang. Entah ada lagi tak sekuel untuk Badang ni. Haha!

So macam mana? Dah ready nak guna otak anda ke tahap maximum? Haa boleh lah tengok movies ni weekend nanti!  


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.