Header Ads

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

“Produk skincare dengan harga mampu milik ini korang boleh cari kat drugstore. Sumpah sesuai giler untuk kulit orang Malaysia dan setanding dengan jenama mahal.”

Dah banyak sangat produk skincare yang dijual kat luar tu. Kadang sampai rasa tak tau mana nak pilih. Lagi-lagi takut nanti beli, tak okay pulak untuk muka. Nanti membazir pulak kan. Tapi korang tak payah risau sebab sebenarnya ada banyak pilihan produk dijual dekat farmasi yang setanding dengan produk mahal.

Bukan tu je, produk yang dijual pun selamat untuk digunakan. Kiranya korang takyah risau fikir kalau-kalau tu produk timbang kilo ke apa. So, ni 14 produk skincare drugstore untuk kulit orang Malaysia yang sehebat jenama mahal.

1. Pencuci Muka

a) Cetaphil Skin Cleanser

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Sumpah weh, semua kulit muka memang sesuai dengan cleanser Cetaphil ni. Korang memang boleh menarik nafas lega sebab tak payah lagi risau nak cari pencuci muka lain. Pakai Cetaphil je dah cukup untuk dapatkan kulit muka yang mulus, tak berminyak atau terlalu kering dan bebas jerawat! Produk yang ni pun memang sesuai untuk semua jenis kulit.

b) NUTOX Cleansing Gel

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Jenama yang menggunakan Fazura sebagai duta mereka ni memang bagus untuk dipakai sebab mild je untuk kulit. Walaupun mild, tapi produk ni mampu membersihkan kekotoran dekat muka tanpa mengeringkan sampai rasa macam kulit tu tertarik. Produk ni pun boleh cerahkan and melembapkan muka, sangat sesuai digunakan untuk korang yang ada kulit kering.

2. Toner

a) Neutrogena Alcohol Free Toner

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Neutrogena memang ada banyak pilihan dan selalu dapat review yang baik dari pengguna. Salah satu produk yang dapat tempat di hati pengguna dorang is Alcohol Free Toner yang boleh membersihkan tanpa mengeringkan muka sebab langsung tak ada alkohol dalam ingredient and sesuai untuk semua jenis kulit.

b) Eucerin Dermo PURIFYER Toner

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Toner keluaran Eucerin ni mengandungi Lactic Acid yang mampu membersihkan pori yang tersumbat tanpa mengeringkan kulit muka. Kandungan dalam toner ni memang sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit berjerawat.

3. Serum

a) Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Whitening Serum

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Serum memang penting untuk kulit muka kita. Produk keluaran Naruko ni, bantu mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit muka. Kandungan anti oksidan dalamnya boleh memperbaiki kadar metabolisma kulit and kekalkan kecantikan kulit wajah. Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang ada kulit sensitif dan berminyak serta yang ada kesan sunburn.

b) Eucerin White Therapy Concentrated Serum

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Serum ni boleh bantu repair kulit korang bagi sekata. Produk ni dapat hilangkan bintik hitam, freckles, melasma atau pigmentasi and parut jerawat. Bukan tu je, serum ni bagus sebab boleh jugak repair kulit korang yang rosak disebabkan sinaran UV dan sesuai untuk semua jenis kulit. Cuba jangan tak cuba!

4. Moisturizer

a) LaF Med.Secret Cream 


14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Jenama ni ada tiga jenis dan semuanya memang bagus-bagus belaka. Aquoporin boleh digunakan untuk melembap dan mengecilkan pori, The First digunakan untuk melembapkan dan untuk glow dan jenis ketiga ialah Ceramide. Yang tu untuk kulit kering, sensitif dan untuk protect kulit kurang. So, korang boleh pilih mengikut jenis kulit korang.

b) Hada Labo Goku-jyun Cream

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Produk Hada Labo ada macam-macam pilihan. Tapi krim yang ni memang berkesan untuk melembapkan muka dan jugak leher. Produk ni boleh menghaluskan kulit dan jadikan kulit korang dewy. Bestnya produk ni sebab langsung tak ada fragrances, mineral oil, alkohol dan perwarna dan boleh seimbangkan pH kulit sesuai untuk korang yang ada kulit kering.

5. Sunblock

a) Biore UV Perfect Milk

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Susah nak cari sunblock yang tak berminyak. Kadang pakai tu, nanti bila campur dengan mekap boleh rasa rimas. Tapi kalau pakai Biore UV Perfect Milk untuk oily skin, korang boleh rilek je. Dengan SPF 50++ korang tak payah risau bila terdedah dengan cahaya matahari kat Malaysia ni dan tak ada lagi masalah kulit muka berminyak.

b) Atopalm Real Barrier Tone Up Sun Block

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Produk keluaran Korea ni memang sesuai lah nak pakai walaupun dengan cuaca panas dekat Malaysia ni. Sama macam tadi, produk ni mempunyai SPF50++. Kalau Nivea sesuai untuk orang kulit berminyak, Atopalm sesuai untuk korang yang ada kulit kering dan sensitif. Selain protect korang dari cahaya matahari, produk ni akan melembutkan, dan sekatakan tona kulit.

6. Ubat jerawat

a) Thursday Plantation Tea Tree Oil

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Korang memang tau kan kalau masalah jerawat ni, guna tea tree oil antara cara paling mujarab nak hilangkan jerawat tu. Produk keluaran ni dapat banyak review yang positif daripada pengguna. Mana taknya, ia mengandungi 100% tea tree oil tanpa campuran bahan lain. Tapi ingat, letak sikit je dekat jerawat, jangan lumur nanti rosak pulak muka.

b) Tidact Gel

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Gel ni sesuai untuk korang yang mempunyai masalah jerawat yang tak terlalu teruk sampai tahap bernanah atau jenis jerawat batu. Kalau yang bernanah tu kena guna produk lain. Produk ni sesuai untuk yang tak berapa teruk lah kiranya. Korang kena ingat tau kena pilih ubat jerawat ikut jenis jerawat korang sebab takut pakai yang kuat sangat, rosak pulak muka.

7. Mask & Scrub

a) St Ives Green Tea Scrub & Blemish Control Apricot Scrub

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Dua-dua ni memang sangat-sangat membantu untuk korang yang mempunyai masalah jerawat. Kalau yang Green Tea Scrub, dia dapat bantu hilangkan blackheads dan legakan kegatalan muka yang disebabkan oleh jerawat. Apricot Scrub pulak boleh membersihkan liang pori dan cerahkan kulit muka yang dull.

b) Freeman Deep Clearing Clay Mask

14 Produk Skincare Drugstore Yang Sehebat Jenama Mahal Untuk Kulit Orang Malaysia

Produk ni ada madu manuka dan tea tree oil yang boleh hilangkan jerawat serta kurangkan minyak kat muka korang. Ni memang best. Pakai lima hingga 10 minit je lepastu dah boleh bersihkan. Clay mask ni dapat bersihkan pori dan berikan nutrisi pada kulit. Ini memang recommended, korang mesti cuba tau!

Amacam? Dah bagi review ni korang bolehlah try and jadikan rutin memakai produk-produk ini setiap hari untuk dapatkan kulit wajah yang flawless. Harga pun jimat dengan saiz dan kandungan yang banyak. Tahan lama beb! So, lepas ni senang beli dekat drugstore je dah boleh dapat produk setanding jenama mahal.

Jom beli!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.