Header Ads

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ di Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

“Sekarang ni, rakyat Malaysia tertarik kepada menu hidangan yang bercheese. Tidak hairan la kalau  restoran yang offer hidangan dengan cheese yang melimpah-limpah boleh viral dalam sekelip mata”

Siapa kat sini suka makanan western, set-set pasta, spagheti semua tu? Tang cheese tu wehhh, terangkat beb!

Sejak kebelakangan ni, admin kempunan nak makan mac n cheese jadi sambil-sambil tu admin nak recommend korang beberapa tempat. So, ni 7 tempat makan ‘Mac n Cheese’ area Klang Valley untuk hilangkan ‘craving’ korang.

1. The Mac’s

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

The Mac’s punya specialty memang mac n cheese! Gerai dia sempoi je kat tepi-tepi jalan, tapi rasa dia macam makan kat kedai mewah. Portion dia boleh tahan, satu mangkuk tu kira puas dan kenyang lah makan. So, jangan risau, memang puas hati. Dorang pun pernah feature dalam JJCM sebab ternyata empat pilihan perisa mac n cheese dorang ni digilai ramai.

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: Subang Jaya (@Petronas USJ 14), Shah Alam (@Big John’s Satay Sek 13), SS15 (@gsbistross15), Shah Alam (@D’Penyet Sek 7)

2. Humble Chef

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Bak kata pelanggan kedai ni, “The best place in town for unbelievable food experience“. Nampak tak kenapa admin recommend kedai ni? Dengan suasana kedai yang tenang, korang boleh enjoy macaroni dengan cheese leleh yang sedap tu kat Humble Chef. Kedai ni jual macam-macam makanan lain, tapi kalau datang sini, make sure try mac n cheese dorang. Confirm puas hati!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam

3. Pasta Panas

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Peminat cheese memang boleh serbu sini. Walaupun menu lain sama kecurkan air liur, tapi mac n chesse dekat Pasta Panas sedap gila nak mampus! Dengan harga yang berpatutan, dorang memang tak lokek dengan portion makanan. Makaroni dia memang sarat teruk dengan cheese. Memang boleh tarik-tarik gitu cheese tu masa makan ni. So apa lagi, pergi serbu cepat!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: Suzi’s Corner, Ampang: 7 malam – 1 pagi, Kuala Lumpur City Walk, KLCC: 11 pagi – 6 petang, Kapitan USJ, Subang Jaya: 7 malam – 1 pagi

4. SKöHNS Canteen

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Kedai makan ni memang terkenal dengan portion makanan yang besar. Kalau korang jenis makan sikit tu, bolehlah order satu untuk kongsi berdua. Nak tau kenapa admin recommend SKöHNS Canteen? Sebab selain ada mac n cheese yang biasa tu, dia ada buat burger daging mac n cheese di mana dia taruk mac n cheese dekat atas daging burger tu! Yum!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam

5. Tim’s Teapot Terrace

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Port makan ni, kedai dia comelnya lahai. Tapi sekali korang suap mac and cheese dalam mulut, rasa mindblown sebab sedap dan padat dengan cheese. Portion dia takdelah besar mana tapi tak kisah sangat sebab rasa dia sedap dan puas makan. Harga dia tak mahal mana and sambil makan mac n cheese, boleh order pavlova! Favourite admin jugak!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: 9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 10 malam

6. Thursdvys

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Siapa yang minat and jenis-jenis hipster gitu boleh pergi Thursdvys. Korang boleh tarik nafas lega sebab kedai ni bukan indah khabar daripada rupa. Mac n cheese dorang, korang kena try. Walaupun mac and cheese dia simple and portion tak besar mana, ramai yang berpuas hati dengan rasanya yang memuaskan dan sesuai nak dijadikan sajian ‘cheating day‘ korang.

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 11 malam

7. Chequers

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Kedai ala-ala kafe ni banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka. Antara menu yang mencuri perhatian ramai ialah mac n cheese dia yang sama terhidang dalam bentuk burger! Meleleh air liur. Chequers ni memang ada reputasi hidangkan makanan yang cool gitu so seronok nak try. Size burger dengan mac n cheese dalam dia nampak kecik je tapi sebenarnya sekali gigit dah rasa puas!

7 Tempat Makan ‘Mac n Cheese’ Kawasan Lembah Klang yang Dijamin Puas Hati!

Lokasi: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 11 malam

Korang pergilah try kedai-kedai ni for sure korang tak menyesal try mac n cheese yang sarat dengan cheese dan sedap ni. Ada beberapa kedai kat atas ni letak harga yang murah je. But ada jugak yang mahal sikit dari makanan biasa. Tapi sebab rasa dia memuaskan, tak salahkan sekali sekala nak cuba?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.