Header Ads

Cara Nak Jadi Famous dan Ramai Follower Kat Laman Sosial

Cara Nak Jadi Famous dan Ramai Follower Kat Laman Sosial

“Ramai yang nak jadi famous dan nak ramai follower kat media sosial tapi tak tahu caranya. Hah, meh sini aku nak ajar korang!”

Ha! Belum pukul 1 dah keluar lunch khen?

Eloklah mamat ni dah tulis pasal macam mana nak buat orang tertarik nak add kita sebagai friend, komen banyak2 dan like banyak2 kat status korang tu.

Key point nya di sini adalah, be unique, be yourself. Nak tulis status ni mula2 memang susah nak mati. Aku mula2 dulu pon gagap jugak. Bila aku skrol timeline aku baca status dolu2, macam haram. Sekejap saya, sekajap aku. Aduh.

Yakin dengan apa yang ko nak tulis tu. Bila dah abis tulis tu, pastikan korang baca balik apa yang korang tulis tu supaya nampaklah macam pergi sekolah sikit penulisan ko tu.

Kalau nak mula tulis tu, kalau boleh, ko bercakap dulu. Sebab orang suka membaca benda yang santai, aku kadang2 nyampah la jugak kalau ada status yang macam baca surat khabar utusan.

Tulislah status korang tu gaya macam korang tengah menyembang. Sebab itulah fungsi fb yang sebenar, untuk connect ( bukan konek, connect! Connect! ) with other people and to socialize. Bila orang baca, depa akan rasa yang hang macam tengah sembang dengan depa. Hang jangan risau, tak dak markah pon nak bagi kat hang kalau hang duk merapu kadang2 kat fb ni.

Sebab tu baru2 ni ada yang kecoh fb profile kena tutup la, padan muka. Menjual lagi ko kat dalam fb profile. Si mark tu dah buat platform page tapi yang hang still ngade2 jugak nak jual kat page sendiri dah kenapel? Dah kena remove page baru bertasbih kepada Allah yang Maha Esa.

Dan last sekali, janganlah post setiap minit jilage. Ko ni memang tak de life ke? Aku report abuse karang baru tau.


Cara Nak Jadi Famous dan Ramai Follower Kat Laman Sosial

Untuk dapatkan like, comment, share dan follower yang bagus dan banyak, aku jumpa secara tak sengaja pun. Mana ada benda perfect kat dunia ni kecuali kau lalui dari pengalaman. So aku kongsikan dari apa yg aku tau untuk korang.

Aku harap korang pun sukses jugak. Buat benda ni kena sabar banyak. Serius kena sabar. Kalau tak sabar, sila pergi meninggal. Dah tak susahkan orang. Pandai2 la kau berwicet dengan cacing dalam tanah tu.

Aku tak akan ajar korang untuk menjadi Hafiz Mansor yang ensem lagi bijaksana malah kelakar. Aku juga tak akan ajar korang create kontroversi. Belum sampai masanya. Just be urself. Create ur real identity. Why perlu jadi orang lain? Nanti kau akan penat. Bila kau dah penat, kau nak jadi pondan balik. Eh, salah topik. Meh kita teruskan.

1-Korang kena keep going taip status. Setiap hari. Bukan setiap minit. Tu setan namanya. Nanti orang menyampah. Kau ingat ni Twitter ke?

2-Selalu lah baca surat khabar, majalah, buku2 ilmuan ni dan ambil lah tahu hal2 semasa yang trending dekat media sosial. Dari bahan tadi, kau olahkan dalam penyampaian kau sendiri. Asik tengok citer cerita org miskin yang tak ada baju seluar je, mana nak dtg idea yg bernas lagi berjambul.

3-Selalu lah pergi komen2 kat page2 popular macam oh media, mymetro, thevocket, amran fans, sultan melaka, ayahanda rani kulup, siakapkeli, siakap tiga rasa, siakap senohong, pen merah atau apa saja jenis page. Komen kena la acah2 ostad ostazah fb atau komen paling bangang. Ada sebab. Nnti korang akan tau. Jangan maki mencarut sudah. Pastikan komen korang win!

4-Selalulah pergi komen kat page2 otai2 FB atau sapa saja yang ramai follower dia. Walaupun komen korang belum tentu dia like atau komen, its ok. Biasa lah tu kena sabar. Sabar tu menandakan korang hensem dan cantik. Keep going komen dan like apa yg dia up status tu. Lama2 dia akan perasan korang yg aneh tu.

5-Jangan kerap tukar gambar DP dan nama korang kat fb tu. Biar je. Bila selalu tukar, orang tak ingat pun sapa korang. Nak tukar pun, tukar banner sudah. Kalau nak tukar DP pun, tukar selepas tempoh masa yang lama. Kalau boleh jangan tukar langsung walaupun muka korang dah gemuks.

6-Jangan hanya nak berkawan dengan orang2 yang ada nama sahaja. Berkawanlah dengan pelbagai golongan sebab diorang ni lagi aktif dekat FB. Dia upload gambar taik pun, kau komen je murni2. Nanti mesti dia akan balas budi dgn tgk facebook kau ni siapa. Dia pun nak berkawan jugak. Dia pun suka ada org respond. Kalau komen dlm pertanyaan pun lebih baik.

7-Kau penuhkan seramai yang mungkin friends kau seramai 5000 dan buka button utk org follow kau. Pastikan friend kau sentiasa 5000. Bila diorang nak add tak dapat, terus diorg jadi follower kau.

8-Lagi satu, kau biar je ramai gila nak add kau tapi kau tak approve. Bila dah limit yang add friends (tak ingat kuota dia berapa) kau tak approve, secara autonya orang selepas tu jadi follower. Pastikan content fb kau sentiasa bagus la utk org share atau like atau komen.

9-Dalam wall FB, jangan asik dok menjual sahaja. FB ni tempat bersosial. Orang suka dan nak tau apa yang kau buat. Kongsikan pengalaman kau atau apa saja ilmu. Sampaikan secara santai. Jangan guna bahasa buku text. Kalau hal laki bini gaduh jangan la post. Aku karate kang. Kalau nak jual jugak, softselling tu boleh.

10-Katakan friends fb kau dah 5000 orang dan 3000 follower tapi setiap kali kau post, 50 orang je purata yang like. Apa yang kau perlu buat, kau create akaun FB baru tapi buat akaun tu kat tempat lain. Maksudnya jangan pakai IP address yang sama. Kau g la login buat kat McD ke, kedai Ah Chong Motor ke utk buka akaun baru. Lepas tu kau bagitau kat wall kau yang kau create akaun baru minta like dan follow fb baru tu. Bagi arahan diorang see first. Post benda ni selama beberapa hari. Kau akan dpt friends berkualiti.

11-Kau rajin2 la buat contest bagi hadiah duit ke, topup ke, bagi kereta myvi ke, bagi pencukur bulu ke dan minta diorang share untuk kau pilih sapa yang layak dapat. Sapa yg tunjuk bukti see first dan follow akan mudah nak bg hadiah. Tapi jangan tipu. Kau nak kena sula dengan malaikat ke bila buat contest lepas tu tipu? Buat setiap masa yang sesuai. Anggap sahaja sebagai satu sedekah kepada kawan-kawan.

12-Kau share apa yang kawan2 kau yang ramai follower tu post kat wall kau. Kau share, tulis sikit ayat contohnya “Hahaha klakar la apis mansur ni. Macam lipan daging. Rasa nak cucuk2 je tapak kaki beliau dengan duri bunga ros”, dan tag nama dia.

13-Kau cari video2 yang kelakar jahanam,video bermanfaat, video touching, video haiwan comel2, video hal kisah rumah tangga, kau upload kat wall. Buat ayat yang rasa sesuai dgn video. Jangan post video pasal politik sangat. Orang cemuih bab2 politik setiap masa.

14-Kau ada masa, kau buat post dengan ucap terima kasih kepada orang yang bagi ilmu kat kau pastu kau tag la orang tu. Tak kisah la ilmu ke apa ke. Contohnya, Alhamdulillah syukur. Saya berjaya menjadi seorang ultraman. Terima kasih Puan Aimon sebab dengan ilmu puan tak terbalas teknik SOP lampu kelip didada. Begitu juga dengan Dato Alifbata Syukuri kerana tanpa beliau mungkin fire saya kepada raksasa tidak menjadi.

15-Jangan sesekali kau tag pasal produk kau, pasal kau bangun pagi ucap alhamdulillah, pasal korek hidung dapat rm100 dan sebagainya. Orang menyampah. Ni dapat unfriend lagi banyak.

16-Pastikan kau set post kau tu semua public. Biar ramai boleh baca. Bila dia baca post kau banyak bagus, dia akan follow. Nak hide banyak post, jangan main facebook. G main papan gelongsor.

17-Kalau nak post kat wall tu, perbanyakkan pertanyaan. Kau tanya lah apa pun kat wall kau tu. Contohnya: Korang rasa, apa perbezaan dan persamaan antara Abe Nuddin dan Ikram Al-banjari? Dah lama perhati diorang ni. Susahnya nak cari..

Cukup la 17 cara ni yg aku buat dulu-dulu.. Bukan korang baca pun kalo aku tulis panjang2. Jangan sampai aku lukis pulak lepas ni. Hope dapat membantu korang. Jangan putus asa. Kbai.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.