Header Ads

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

“Ritual sihir melibatkan jin memang banyak diamalkan di negara Turki. Dari situlah pengarah mendapat idea menghasilkan filem seram Siccin.”

Baru-baru ni sebuah filem seram berjudul Siccin telah menjadi bualan orang ramai di Facebook. Katanya movie tu menyeramkan sangat hingga ada yang kena kacau. Wow!

Apa sebenarnya yang ada disebalik cerita ni? Kenapa tiba-tiba jadi viral walaupun dah tayang beberapa tahun dulu. Kali ni admin nak kupas tentang 6 fakta filem seram Siccin ni diinspirasi dari kisah benar yang buat penonton kena kacau.

1. Orang hebat disebalik filem Siccin

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Industri perfileman Turki memang dah biasa menghasilkan filem genre seram. Dari dulu sampailah sekarang. Director filem Siccin ialah Alper Mestci yang memulakan kariernya pada tahun 2007 bermula dengan filem seram bertajuk Musallat. Beliau turut cuba mengarahkan filem komedi sebelum beralih semula kepada fiem seram. Kalau nak tau, filem seram arahan Alper sentiasa dapat sambutan yang memberangsangkan.

2. Filem ni bukan ada satu, tapi empat siri!

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Ramai orang mungkin tak tau bahawa filem Siccin ni sebenarnya ada empat siri. Kesemua movie ni pengarah dia sama dan semuanya memang tip top sama hebat. So, jangan risau. Movie Siccin yang pertama start ditayangkan pada tahun 2014 dan diikuti dengan Siccin 2, 3, 4 yang ditayangkan setiap tahun selepas itu sehinggalah tahun 2017. Katanya nanti akan ada Siccin 5 menyusul pada tahun ni. Nantikan ye…

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

3. Sinopsis Siccin yang perlu korang tau

a) Siccin

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau


Movie ni pasal Oznur seorang perempuan cantik yang ada crush dengan cousin dia sendiri, Kudret sejak kecil lagi. Tapi Kudret ni pulak dah kawin dengan Nisa and kehidupan dorang memang bahagia. Oznur ni pulak jeles lah tengok mamat ni bahagia je kan dengan bini dia. So, dia pun guna ilmu hitam nak porak perandakan family Kudret supaya dorang dapat bersama. Psiko! Tapi rupanya dia tak sedar yang ilmu hitam yang dia guna tu dah melepaskan sesuatu yang jahat. Tu lah dia!

b) Siccin 2

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau


Yang ni pun sama berkisarkan pasal family juga. Tapi tak de perempuan lain yang jeles-jeles. Movie yang kedua pasal pasangan suami dan isteri Adnan dan Hicran yang kehilangan anak mereka dalam satu kemalangan. Adnan pulak salahkan Hicran kerana jadi penyebab anak dorang mati. Sejak tu ada banyak benda pelik yang jadi dan bila jumpa dengan pengamal perubatan Islam, katanya ada ahli keluarga yang menggunakan Siccin.

c) Siccin 3

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau


Movie ketiga mereka cerita pasal tiga orang kawan yang terpisah disebabkan suatu kemalangan yang tragis. Setelah bertahun berlalu, barulah dorang ni reunite balik. Tak banyak info pasal Siccin ketiga. Admin pun belum tengok lagi. Give up lepas tengok yang pertama dan kedua. Seram weh! Meremang bulu roma!

d) Siccin 4

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau


Siri yang keempat ni pasal keluarga Yilmaz yang bepindah ke rumah nenek, Saadet. Dorang ingatkan dia tinggal sorang, rupanya Saadet ni ada ‘penghuni’ lain dalam rumah dia. Kebetulan rumah tu pun rumah lama dan ada kubur arwah suami dia dekat rumah tu. Oh ye, ‘penghuni’ yang ada dalam rumah tu tak suka keluarga Yilmaz ada. Dia tak kisah ada Saadet tapi Yilmaz’s family is a no-no.

4. Latar belakang Siccin

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Ada sumber yang mengatakan Siccin ni ritual sihir yang melibatkan jin yang memang banyak diamalkan dekat negara Turki. Kalau tengok trailer Siccin ada diterangkan yang Siccin atau cara sebutan Sijjin bermaksud kitab amalan buruk yang catat segala perbuatan orang-orang yang syirik dan mempercayai benda lain selain Allah. So basically katanya Siccin ni catatan amalan perbuatan orang-orang kafir.

Ada pendapat lagi yang kata Sijjin ni adalah nama tempat yang berada di lapisan bumi yang ketujuh yang merupakan pangkalan iblis dan bala tenteranya. Menurut Ibnu Katsir, sijjin bermaksud tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk.

5. Mantera sebenar dibaca dalam movie. Patutlah berhantu!

Kenapa movie ni dikatakan berhantu lepas tengok? Sebab katanya dalam movie ni, semua mantera bagai yang dibaca merupakan mantera sebenar. Patutlah datang kacau, dah diseru. So, siapa yang nak tengok dan takut kena kacau pulak lepas tu, make sure bila tang bacaan mantera, korang mute TV tu. Tak ada lah korang dengar. Apa-apa pun semua dengan izin-Nya.

6. Penonton sampai kena kacau!

Nampaknya ramai yang setuju filem ni takut gila! Ada yang sampai kena kacau tau after tengok movie ni. Bapak scary! Bukan tu je, Syafiqah Azin share di Facebook bagitau yang lepas tengok tiga siri movie ni, tanpa sedar dia alami simptom ni. Yang takutnya sampai peranakan dia jatuh beb!

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Pengguna FB bernama Siti Nurfarahin Anuar dan Flora Pinky pun kongsi yang dorang dah tengok movie ni sampai siri yang ketiga. Selepas habis marathon ketiga-tiga movie tu, dorang berdua terkena gangguan seperti sengal-sengal badan dan mula mimpi bukan-bukan yang menunjukkan adanya gangguan. Seramnyaaaaa!

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

Fakta Seram Tentang Filem Siccin, Inspirasi Dari Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Sampai Kena Kacau

So, korang berani tak lepas ni nak tengok atau korang dah tengok? Apa pendapat korang dengan cerita Siccin ni dan korang ada kena gangguan jugak tak macam dorang? Cuba korang share sikit pendapat korang mengenai movie ni dan bagi rating.

Jangan lupa lindungi diri dengan ayat-ayat suci Allah.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.