Header Ads

‘Hadiah Selepas 10 Tahun’ – Luahan Adam Corrie Tantang Anak yang Meruntun Jiwa

‘Hadiah Selepas 10 Tahun’ – Luahan Adam Corrie Tantang Anak yang Meruntun Jiwa

‘Kebahagiaan bukan terletak pada adanya zuriat. Kebahagiaan itu sendiri perlu di bina dalam diri kita.’

Tiada satu pun pasangan suami isteri di dunia ini yang tidak inginkan zuriat. Namun, bukan semua yang kita idamkan di dunia ini bakal kita miliki. Kadang, walau sudah mencuba sedaya upaya, sehabis tenaga, masih juga gagal memiliki.

Luahan Adam Corrie Lee tentang anak ini membuka mata dan memberi banyak pengajaran kepada kita semua khususnya yang masih berusaha untuk mendapatkan anak. Betul la orang cakap, walau sudah mendirikan rumah tangga selama bertahun-tahun, pasangan tidak semestinya dikurniakan zuriat.

Kita sebagai umat Islam seharusnya yakin dan percaya dengan Qada dan Qadar yang Allah tentukan untuk kita. Siapa tahu, mungkin rezeki anak tiada, rezeki lain pula yang kita miliki. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Isteri Adam Corrie kini sedang hamil dan tidak lama lagi mereka akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu. Jom kita baca luahan Adam Corrie tentang isu anak ini yang bakal menyentuh hati.

‘Kebahagiaan bukan terletak pada adanya zuriat’

Luahan Adam Corrie Tantang Anak yang Meruntun Jiwa

Saya minta izin dgn bidadari saya utk repost post dia. Dengan isteri pon nak kena minta izin? Mestilaa .. itu namanya saling hormat menghormati ?. Ig dia private ?@Puan_Fazi_fuad
#adamcorrie #adamfazi #BakalAbah .

“Setiap orang ada masalah.. tukarkan masalah itu sebagai ujian dan hadiah dari Allah utk kita sebagai hambanNya.

Jangan terlalu beratkan fikiran kita.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ramai yang mengadu, mereka sedih kerana tiada anak, ada penyakit dan sebagainya..

Kebahagiaan bukan terletak pada adanya zuriat. Kebahagiaan itu sendiri perlu di bina dalam diri kita. .
Kalau dulu bujang .. sedih tak kahwin.. bila dah kahwin .. sedih pula.. tak dapat zuriat lagi…

Ujian sentiasa dtg dlm hidup kita.. ia tak akan behenti selagi kita hidup menjadi hambaNya.

Sedih kita mengadu dgn Allah
Minta pertunjuk dgnNya..

Kita rasa kita keseorangan? Kita tak pernah keseorangan .. cuma kita kadang2 lupa yang Allah sentiasa ada utk kita.. malah kita yang selalu lupa akan Allah .

Bahagiakan diri kita dahulu.. baru kita boleh bahagiakan orang lain.. .
Bila kita sentiasa nampak ceria.. suami kita pon akan turut gembira.. .
Kalau kita selalu tunjuk pancarkan aura negatif. Rumah kita turut suram.. .
Jangan sedih .. Allah kan ada ?sentiasa ada utk kita semua ?
?private ig?

#bakalIbu40tahun
#hadiahSelepas10tahun “

Netizen tersentuh dengan luahan Adam Corrie

Luahan Adam Corrie Tantang Anak yang Meruntun Jiwa

‘Rezeki, amanah dan tanggungjawab’

Luahan Adam Corrie Tantang Anak yang Meruntun Jiwa

No comments:

Powered by Blogger.