Header Ads

Hebat! Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Hebat! Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

“Dia adalah penyanyi vokal utama terbaik yang ada dalam pertandingan ini. Dia berjaya menewaskan 91 peserta lain yang datang dari negara lain. HEBAT!”

Gadis-gadis kat Malaysia ini makin lama makin ramai yang tergila-gilakan dekat K-pop dorang, sampaikan dah tak tengok kat jejaka-jejaka sado yang ada kat Malaysia ini. Kann! Tapi sekarang korang tak payah dah dok syok sendiri tengok kat TV yang nun jauh kat Korea tu, sebab kat Malaysia pun dah ada oppa! CINCAAAA?

Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Menurut WOB, lelaki tampan berusia 24 tahun, You Zhang Jing, berjaya menjadi pemenang bagi reality show, Idol Producer 2018 baru-baru ini. Wahhh tahniahh! Apa yang membanggakan Malaysia apabila dia berjaya tewaskan 91 peserta lain yang datangnya dari negara yang berbeza.

Difahamkan rancangan ini mempunyai 100 peserta dari 31 buah syarikat hiburan yang ada di China dan negara lain. Selama empat bulan dorang ini dilatih oleh guru-guru mereka, dan cuma 9 orang yang akan dipilih untuk bentukkan sebuah kumpulan seramai 9 orang. Alaa alaa k-pop gituwww!

Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Dalam rancangan itu, dorang akan nyanyikan lagu-lagu Mandarin dengan gaya sama macam penyanyi k-pop. Dorang ini dilatih oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan, iaitu penyanyi dalam band EXO Lay, GOT-7 Jackson, PRISTIN Kyulkyung,COSMIC GIRLS Cheng Xiao, penyanyi dari China, Li Rong-hao dan Rapper MC Jin. Wowww semua hebat-hebat kottt!

Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Dua hari yang lepas (6 April). You Zhang Jing dah diumumkan secara rasminya terpilih dalam group yang diberi nama Nine Percent. 8 peserta lain yang terpilih ialah August Cai, Adam Fan, Justin, Evan Lin, Zhu Zheng-ting, Wang Ziyi dan Wang Lin-kai.

Sooo mesti ada yang dah terminat kat oppa ini kan? Kat bawah ini admin ada sertakan sikit fakta menarik tentang You Zhang Jing:

√ Hari jadi dia pada 19 September 1994
√ Hobi dia adalah menyanyi, tengok movie, memasak dan makan! Wahh sama lah kita hiks!
√ Juga dikenali sebagai Azora Chin
√ Dalam rancangan Idol Producer, dia turut dikenali sebagai Trainee 19
√ Dilahirkan di Batu Pahat, Johor
√ Dulu dia sekolah di Sekolah Menengah Cina di Batu Pahat
√ Dia sambung belajar kat Universiti Seni Nanjing sebelum join show ini

Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Sepanjang dia join rancangan itu, dia sering dipuji sebab vokal dia yang sedap dan mantap. Ada jugak peminat yang bagitahu, dia ini adalah penyanyi vokal utama terbaik yang ada dalam pertandingan ini. Perghhh hebattt!

Hebat! Anak Kelahiran Johor Berjaya Dinobatkan Sebagai Mandopop Idol dan Tewaskan 91 Peserta!

Kitorang tunggu album pertama dari group ni dan tahniah kami ucapkan!

Sumber: WOB/lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.