Header Ads

Hebat! Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

Hebat! Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

“Ramai cakap saya takde harapan. Tapi minat saya terhadap filem dan televisyen lebih daripada segala-galanya dalam dunia ni, jadi saya akan terus perjuangkan bidang ini.”

Nak kejar impian bukan sesuatu yang mudah. Tambah-tambah kalau kat tempat orang. Tapi dengan fokus dan keazaman, tak mustahil kita boleh berjaya, macam lelaki ni!

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki dikenali sebagai Josh Woo ni berusia 24 tahun tapi dah bekerja di set untuk lebih 100 buah filem di Amerika Syarikat. Wow, memang power lah! Josh adalah seorang pengarah dan cinematographer kelahiran Malaysia.

Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

Nekad nak kejar impian, Josh pindah ke Amerika Syarikat masa umur 20 tahun dan mula mengorak langkah untuk realisasikan impian dia nak jadi pembuat filem. Mudanya! Kita time umur 20 tu kalau boleh masih nak mak tolong basuhkan baju lagi, ye tak? 

Dibesarkan di Kuala Lumpur, Josh memang minat sangat dengan filem dan televisyen sejak dia kecil lagi.

“Saya suka filem dan televisyen lebih daripada segala-galanya dalam dunia ni, jadi memang dah boleh nampak la saya akan pursue bidang ni.”

Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

“Saya dulu belajar art stream masa kat Malaysia. Saya tak pernah did well dalam subjek apa-apa pun kat sekolah, tapi subjek arts memang rasa kena sangat dengan jiwa saya,” kata Josh.

Mengakui yang dia sebenarnya tak pasti nak buat apa lepas habis sekolah, Josh cerita yang ibu bapa hadiahkan dia kamera masa dia umur 17 tahun. Waktu tu dia rasa selesa sangat dengan kamera. Lepas habis sekolah Josh ambil degree kat Taylor’s University dan terbang ke Chicago untuk menghadiri kelas perfileman kat sana.

Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

Tapi biasalah bila bercita-cita yang besar ni, cabarannya mesti ada. Ramai tak percaya yang Josh mampu capai impian dia dan duk kritik anak muda berjiwa besar ni.

“Ramai kata I wasn’t going to make it. Sebab saya budak arts stream, so dorang ada stigma yang budak arts ni takkan berjaya sangat, tambah-tambah kat negara orang.”

Tapi Josh buktikan yang stigma tu semua tak betul dan dia dah berjaya hasilkan dua buah filem award-winning, Sarah’s Moving On dan Phil The Film. Wow! Dengan filem Sarah’s Moving On tu Josh menang Award of Commendation sebagai pengarah dalam Festival Filem Pendek Kanada.

Anak Malaysia Ini Sudah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat Walau Baru Berusia 24 Tahun

Sekarang ni Josh tengah shooting satu show kat Netflix dan dah siapkan satu feature film kat Chicago. Suatu hari nanti Josh harap dia akan dapat sumbangkan skill dan hasil kerja dia dalam industri perfileman Malaysia pula.

Siapa kata anak Malaysia tak boleh berjaya kat luar negara? Lagi-lagi budak arts stream! Dengan keazaman yang tinggi dan usaha keras, tak mustahil korang boleh jadi macam Josh suatu hari nanti. Malaysia Boleh!

Sumber: WOB/lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.