Header Ads

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

“Nak kahwin tu memang senang cuma preparation ke arah tu boleh buat korang sakit kepala. Korang yang tengah rancang nak kahwin tu, ini lapan struggles yang korang kena lalui.”

Ramai pasangan kat luar sana tak sabar-sabar nak mendirikan rumah tangga. Bagi dorang, perkahwinan tu macam the peak of their good life lah dan kalau tak kahwin maknanya dorang akan hidup sunyi sampai bila-bila.

Tapi tahukah korang, nak kahwin tu memang senang cuma preparation ke arah tu boleh buat korang sakit kepala malam-malam fikirkan cara to make the wedding a success? Bagi korang yang tengah rancang nak kahwin tu, ini lapan struggles yang korang kena lalui bila nak buat persiapan kahwin.  

1. Kumpul duit kahwin

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Sebelum korang berangan nak pelamin grand macam Yuna atau pakai baju kahwin ala Fazura, checklah dulu account bank korang eh. Kalau dalam bank tu ada RM13.30 je, lupakanlah angan-angan korang tu. Nak beli sekuntum bunga untuk pelamin pun belum tentu cukup. Sebab tu lah masa-masa bercinta ni korang kena start kumpul duit. Bukannya habiskan duit untuk benda sia-sia macam beli hadiahlah, buat suprise party lah atau tengok wayang.

Cuba kalau korang dapat mak mertua yang jenis mintak hantaran mahal. Boleh pecah kepala weh fikir macam mana nak kumpul RM20,000 dalam masa enam bulan! Sebab tu lah pentingnya korang start menabung dari sekarang. Takdelah gelabah di kemudian hari.

2. Kena cepat booked dewan nikah atau sanding

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Bila dah dapat tarikh majlis resepsi atau nikah, korang kena cepat-cepat book dewan yang available untuk korang buat majlis kahwin. Haa jangan delay-delay proses ni sebab korang gerenti akan menangis bila dapat tau dewan idaman korang tu dah fully booked on the date yang korang nak. Jangan main-main dengan majlis kahwin zaman sekarang! Ada orang siap book setahun dari date majlis tau sebab tak nak berebut dengan orang lain. Booking dewan sanding is a real struggle guysss! 

3. Hati-hati dengan perancang perkahwinan

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Kalau korang jenis up-to-date tentang isu-isu viral ni, mesti korang pernah dengar pasal kes wedding planner Zurin Jundi yang tipu ramai pasangan nak kahwin. Weiii siapa yang tak sedih kalau kena macam ni? Dah bayar beribu-ribu pastu majlis jadi tah apa-apa je. Tak pasal-pasal setahun kena ‘bawang’ dengan sedara mara sebab makanan tak cukup atau pelamin tetiba runtuh masa tengah bersanding. Nightmare betul!

Sebab tulah sebelum nak hire wedding planner, tanya kawan-kawan yang ada pengalaman atau korang check review kat media sosial sebab apa yang dorang kata tu maybe ada betulnya. So berhati-hati lah ye!

4. Berbeza pendapat dengan pasangan dalam buat keputusan

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Dugaan orang nak berkahwin ni macam-macam termasuklah korang dengan pasangan yang asyik nak bergaduh je memanjang. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tambah-tambah lagi dalam buat keputusan tentang hal majlis perkahwinan. Katakanlah korang nak tema kaler biru, tetiba pasangan korang pulak cakap dia nak tema kaler pink. Ah sudah! Takkanlah sanding sorang pakai baju pink, sorang pulak pakai baju biru. Kan pelik tu! Pape pun bincanglah baik-baik bila buat keputusan tu. Tak salah kalau beralah atau lagi senang korang suruh parents korang je pilih.

5. Makcik pakcik sibuk masuk campur hal kahwin

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Bertabahlah bagi korang yang ada makcik pakcik jenis suka masuk campur hal orang lain. Dorang ni selalu akan datang dengan hajat kononnya nak bagi pendapat tapi tup-tup suruh korang tambah decoration lah, tukar goodies yang lagi mahal lah or paksa korang ambik khidmat wedding planner yang dorang kata lagi bagus lah.

Korang bukan tak nak ikut apa yang dorang cadangkan tu, tapi kalau dorang nak bayar untuk benda yang dorang suggest tu… korang apalagi memang onz je lah. Tapi kalau sekadar nak suggest guna air liur, baik dorang diam dan jangan masuk campur langsung!

6. Beza-bezakan majlis perkahwinan kita dengan sedara lain

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Selain dari masuk campur hal perkahwinan orang, kita jugak kadang-kadang ada sejenis makcik pakcik yang suka sangat compare majlis kahwin kita dengan majlis kahwin lain. Contohnya dorang akan cakap, “Eh majlis kahwin si along tu cantik je pelamin dia ada design pokok bunga hijau lagi. Kenapa majlis kahwin adik ni pelamin macam kosong je?”

Eh eh eh… sedapnya beza-bezakan majlis kahwin orang. Kan lebih baik kita diam je dari banyak bagi komen yang tak sepatutnya. Tak fikir ke feelings pasangan yang bakal berkahwin tu dan masalah yang dorang alami? Haih kesian! 

7. Parents yang gigih nak jemput tetamu satu kampung

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Bagus sebenarnya bila parents korang excited nak tengok korang bersanding. Tapi kadang-kadang dorang terlampau excited sangat sampai invite lebih daripada 2000 jemputan! Wow! Kalau boleh segala mak nenek yang dorang kenal semua nak dijemputnya. Orang kampung sebelah, sedara dekat London, kawan bapak sebelah sepupu korang lah… eh kalau boleh satu dunia lah nak dijemputnya. Kalau jadi situasi macam ni, elok korang berbincang baik-baik dengan parents. Cut down invitation list tu ikut bajet.

8. Bersedia mental dan fizikal hadapi perkahwinan

Inilah 8 Struggles yang Korang Kena Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

Tak kisahlah korang kahwin awal atau lambat, semua pasangan kena siapkan diri dorang dari segi mental dan fizikal sebab marriage ni bukan benda mudah gais. Start dari sekarang, korang kena belajar untuk tahan marah, jadi lebih prihatin kat pasangan dan kalau ada problem, selesaikannya dengan menggunakan akal dan bukan ikut sedap hati je. Lagi satu korang kena remember, kalau masih tak sedia nak tinggalkan single life korang tu, baik jangan rush nak berkahwin. Tak pasal-pasal marriage korang end dengan divorce je nanti.

Kesimpulan

Macam mana pun, kita orang doakan semoga segala persiapan perkahwinan korang dipermudahkan dan tak ada masalah berat yang nak kena handle nanti.

All the best untuk wedding korang ye! 


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.