Header Ads

Meremang! 8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Meremang! 8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

“No wonder la filem ni seram namatey sampai ada penonton yang kena rasuk, histeria. Rupanya inspirasi dari kisah benar. Tengok filem pun dah seram. Bayangkan pulak kisah sebenar dia kat dunia nyata. Korang yang tak kuat semangat kena nonton berteman. Takut nanti ada benda lain yang nak temankan.”

Filem seram sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penonton tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia sehinggakan yang penakut pun akan memberanikan diri untuk menonton filem seram.

Korang tau tak, antara filem seram yang pernah ditayangkan ada daripadanya diilhamkan dari kisah sebenar? Ini dia kami senaraikan lapan filem seram diinspirasikan dari kisah benar.

1. The Exorcist 

Meremang! 8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem yang ditayangkan pada tahun 1973 ini pada asalnya diambil dari sebuah novel dengan tajuk yang sama dari penulis William Peter Blatty. Novel itu sendiri merupakan ilham dari kisah rasukan yang terjadi kepada Roland Doe ketika dia berusia 12 tahun. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Walaupun filem ini berjaya mendapat sambutan hangat, namun korang mesti tak taukan di awal penggambaran filem ini, ramai pengarah terkenal tarik diri selepas berlaku pelbagai insiden yang menyeramkan dan buat mereka percaya bahawa set penggambaran filem ini telah disumpah. Seram beb!

2. The Texas Chainsaw Massacre

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Ditayangkan pada tahun 1974, kisah ini menceritakan tentang sekumpulan kawan yang menjadi mangsa kepada keluarga kanibal. Walaupun jalan cerita ini merupakan rekaan semata-mata, tetapi watak di dalam filem tersebut adalah berdasarkan jenayah yang telah dilakukan oleh Ed Gein, pembunuh terkenal di Amerika dengan gelaran The Butcher. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Memandangkan filem ini sangat kejam, ia pernah di banned di beberapa negara.

3. The Exorcism of Emily Rose

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Ditayangkan pada tahun 2005, semua peminat cerita seram pastinya ingat dan pernah menonton filem ini. Filem ini diinspirasikan daripada kisah rasukan yang terjadi kepada Anneliese Michael yang lahir pada tahun 1952. Remaja tersebut telah menunjukkan sikap yang pelik dan dikatakan terdapat seorang wanita yang mendakwa Anneliese telah dirasuk syaitan. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Bagi yang masih tak tahu, mereka sebenarnya menggunakan rakaman suara asal upacara menghalau syaitan dan dimasukkan ke dalam filem tersebut. Fuh patutlah seram semacam je kan! 

4. A Nightmare On Elm Street

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem seram ini telah ditayangkan pada tahun 2010, diilhamkan daripada kisah sebenar yang terjadi di Kemboja. Penulis cerita ini mendapat ilham selepas terbaca mengenai sebuah keluarga yang terselamat daripada dibunuh dan sejak itu anak lelaki keluarga tersebut memberitahu bahawa setiap kali tidur, dia akan bermimipi ‘sesuatu’ mengejarnya sehinggakan dia sanggup tahan diri daripada tertidur. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Walau bagaimanapun, kerana terlalu penat, dia akhirnya tertidur dan mengigau serta menjerit dengan kuat dan apabila ibu bapanya bergegas untuk mendapatkannya, dia telah mati. Erkk! 

5. The Possession

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

The Possession telah ditayangkan pada tahun 2012 berkisah kisah seorang kanak-kanak perempuan yang membeli sebuah kotak dengan tulisan Hebrew di yard sale dan kemudian dirasuk selepas menjumpai gigi, bangkai kupu-kupu, figurin kayu dan sebentuk cincin yang kemudian dipakainya. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Kisah ini merupakan kisah benar yang terjadi kepada Kevin Mannis yang telah membeli kotak wain di Ebay. Selepas memiliki kotak tersebut, dia telah menghadiahkan kepada ibunya yang kemudian terus terkena strok dan hilang keupayaan untuk bercakap.

6. The Conjuring

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

The Conjuring yang ditayangkan pada tahun 2013 adalah sebuah kisah benar mengenai sepasang suami isteri yang mempunyai kebolehan untuk mengesan dan melihat perkara paranormal. Lorraine Warren yang mempunyai kuasa tersebut sering terbuka untuk membantu keluarga yang telah diganggu roh yang berniat jahat dan ingin memecahbelahkan keluarga yang dihantuinya. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Difahamkan, Lorraine berada di set penggambaran bersama pengarah James Wan yang bertindak sebagai penasihat bagi menjayakan filem ini berdasarkan pengalamannya sendiri.

7. Annabelle

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Ditayangkan pada tahun 2014, Annabelle juga mengisahkan tentang kisah benar yang berlaku kepada Lorraine Warren dalam membantu keluarga yang memiliki patung berpuaka bernama Annabelle. Lorraine memberitahu bahawa ini merupakan antara kisah paranormal yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Walaupun patung yang digunakan di dalam filem ini jauh berbeza dengan yang asal, kejahatannya tetap sama dan kini anak patung sebenar itu berada di Ed and Lorraine Warrens’ Occult Museum di Monroe, Connecticut.

8. The Conjuring 2

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem kedua The Conjuring juga sama hebat seperti filem pertamanya yang turut bercerita tentang kehidupan Lorraine Warren yang mempunyai kebolehan melihat perkara paranormal dan  membantu keluarga yang dihantui roh jahat. 

8 Filem Seram Ini Adalah Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Kisah di dalam filem ini adalah berdasarkan kejadian sebenar berlaku kepada keluarga Hodgson yang dihantui rumah berpuaka di Enfield. Pelbagai perkara yang berlaku termasuklah anaknya Janet dirasuk hantu.

Kesimpulan

Meremang weh! Pengarah dan penulis filem-filem ini sememangnya sangat berbakat dalam mengadaptasi kisah sebenar kehidupan kepada pengalaman yang tidak dilupakan buat penonton. Siapa yang belum tengok, make sure korang get ready selimut nak tutup muka. Scary weh!


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.