Header Ads

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

‘Dia meyakinkan wanita itu untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan, mereka masih terlalu muda untuk memiliki anak.’

Sekiranya anda ditakdirkan bertemu dengan lelaki begini, ada baiknya anda lari menjauhkan diri. Lelaki yang suka melepaskan tanggungjawab bukanlah calon suami dan teman hidup yang baik.

Seorang model wanita yang berusia 22 tahun di Xihu, China dilaporkan baru sahaja membunuh diri kerana tak tahan teman lelakinya sering memaksanya untuk menggugurkan kandungan. 

Kejadian ini bukan hanya sekali. Malah telah berkali-kali. Perempuan mana yang tak sayangkan anak.

Bercinta baru 6 bulan

‘Dia meyakinkan wanita itu untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan, mereka masih terlalu muda untuk memiliki anak.’

Wanita malang bernama Li Yingying ini merupakan seorang model dan telah bercinta dengan lelaki bernama Pan Yue sejak enam bulan lalu. Pada awalnya, Pan kelihatan seperti seorang yang baik dan pernah bertemu ibu Li sebelum ini.

Pan juga meyakinkan ibu wanita itu yang dia mampu menjaga anaknya dengan baik. Tidak lama selepas itu, Li dapat tahu yang dia telah mengandungkan anak Pan dan maklumkan berita tersebut kepada Pan.

Teman lelaki minta gugurkan kandungan

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

Selepas mendapat tahu tentang kandungan Li, Pan meyakinkan wanita itu untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan, mereka masih terlalu muda untuk memiliki anak. Lelaki tak guna ini juga berjanji akan mengahwini Li sekiranya dia mengandung sekali lagi.

Tidak lama selepas mengugurkan kandungan, Li mendapat tahu yang Pan skandal dengan beberapa orang wanita lain. Sedih dengan kejadian ini, Li mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pan. Tapi selepas itu dia mendapat tahu yang dia mengandung lagi sekali selepas memutuskan hubungan dengan Pan.

Gugur kandungan 2 kali dalam tempoh 3 bulan

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

Mahu tak mahu, Li terpaksa memaklumkan hal ni kepada Pan. Tetapi, Pan cakap yang dia tak akan kahwin dengan Li walaupun sebelum ini dia pernah janji. Pan hanya boleh beri duit sahaja sebagai pampasan.

Tak sampai tiga bulan lagi selepas gugurkan kandungan yang sebelum ini, Kali ini Li mungkin kena hadapi benda yang sama. Tak tahan dengan tekanan, Li mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan bakar arang dalam bilik.

Pan masih berseronok, tiada tanda penyesalan

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

Ibu Li sangat sedih selepas mendapat tahu akan hal ini. Namun, Pan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan atas apa yang telah berlaku malah telah memberitahu pada kawan-kawannya yang dia langsung tak kisah dan masih seronok berfoya-foya.

Rupanya, bukan Pan je macam tu, mak dia pun sama juga. Langsung tak kisah tentang kematian Li, mak Pan cakap yang anak dia tak ada kaitan dengan Li dan mereka masih dalam proses nak pilih wanita mana untuk dijadikan pasangan.

Tak Tahan Teman Lelaki Asyik Paksa Gugur Kandungan, Model Ini Akhirnya Membunuh Diri

Lepas ibu Li kongsikan kisah ini di laman sosial, ramai terkejut dengan sikap Pan yang tak bertanggungjawab sampai boleh menyebabkan kematian orang lain.

Angkat kaki la cepat-cepat kalau berjumpa dengan lelaki macam Pan ni!

Sumber: China Press/ Sydney Today/WORLD OF BUZZ/Lobak Merah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.