Header Ads

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

“Tun M yang berusia 93 tahun mendapat 15% undian dan mengalahkan pengasas Microsoft, Bill Gates”

PM Najib pasti tersedak baca berita ni!

Menerusi sebuah survey yang dijalankan firma penyelidikan YouGov di UK, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya dah dinobatkan sebagai individu PALING dikagumi di Malaysia. Wow! 

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga berusia 93 tahun ni dah mendapat 15% undian dengan mengalahkan pengasas Microsoft, Bill Gates di tempat kedua yang hanya dapat 8.30% undian je. Opss sorry Bill Gates! Selain Bill Gates, pelakon Jackie Chan juga antara yang dikagumi rakyat Malaysia dengan mendapat 7.70%.

Bagi kategori wanita pulak, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tempat pertama sebagai individu yang paling dikagumi rakyat Malaysia dengan undian survey sebanyak 14.10%. Wow rezeki baby tu Tokti! Manakala isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali menduduki tempat kedua dengan 10.10%.

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Individu lain yang menarik perhatian admin di dalam list ni juga ialah pelakon antarabangsa, Michelle Yeoh serta dua usahawan wanita hebat seperti Vivy Yusof dan Neelofa yang berada di tempat ketiga meskipun dihimpit kontroversi kelab malam Zouk.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali dalam list ni dengan masing-masing mendapat tempat ke 15 dan 25 sebagai individu paling dikagumi di Malaysia. Wuuu.. I love my PM! 

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Ni list lengkap bagi korang yang tertanya-tanya sama ada idola korang ada tak tersenarai sebagai individu paling dikagumi di Malaysia:

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Dan ini pulak list bagi individu yang paling dikagumi dalam dunia. Ps: Donald Trump nombor 17! Obama pulak nombor dua!

Tun Mahathir dan Siti Nurhaliza Individu yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib #15

Siapakah individu yang paling korang admired? Kalau admin korang takyah tanyalah. Mestilah Siti Nurhaliza. Muehehe! Kongsikan bersama kami di ruang komen ye! 

Sumber: The Star/YouGov/lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.