Header Ads

(Video) Padah Rogol Gadis, Dua Lelaki Diarak Dalam Keadaan Bertelanjang Bulat

Padah Rogol Gadis, Dua Lelaki Diarak Dalam Keadaan Bertelanjang Bulat

“Gadis tu kenal salah seorang lelaki melalui media sosial dan setuju nak keluar bersama sebelum dia dirogol oleh lelaki yang sama dan tiga orang geng dia.”

Uish, dahsyat ni! Tak pernah dengar lagi hukuman macam ni jadi kat mana-mana!

Menurut Daily Mail, dua orang lelaki dekat India kena pukul dan dipaksa berjalan sepanjang jalan dalam keadaan berbogel kerana katanya dorang rogol seorang gadis berusia 17 tahun. Kejadian ni jadi kat Arunachal Pradesh dan ramai sangat orang duk tengok dorang. Malunya!

Padah Rogol Gadis, Dua Lelaki Diarak Dalam Keadaan Bertelanjang Bulat

Dah la kena telanjang bulat, tangan dorang siap kena ikat tangan kat belakang lagi tau! Memang dah tak boleh nak tutup-tutup dah! Kes bermula bila seorang gadis pelajar sekolah dikatakan kena rogol dengan empat orang lelaki, termasuk boyfriend dia sendiri! Cis!

Kejadian rogol tu jadi dekat-dekat area construction sebuah jambatan masa 25 Mac lepas and dua orang lelaki terbabit dituduh merogol gadis tu. Polis bertugas, John Neihlaia beritahu yang dua lelaki tu diarah berbogel berarak sepanjang jalan sebelum diserahkan kat polis.

Padah Rogol Gadis, Dua Lelaki Diarak Dalam Keadaan Bertelanjang Bulat

Menurut John, gadis tu kenal salah seorang lelaki melalui media sosial dan setuju nak keluar bersama sebelum dia dirogol oleh lelaki yang sama dan tiga orang geng dia. Lepas tu dia hantar gadis tu balik rumah. Macam tu je?

Esok paginya,gadis tu  dengan berani pergi report polis pasal kejadian tu dengan mak ayah dia sendiri. Hati kental ni!

Padah Rogol Gadis, Dua Lelaki Diarak Dalam Keadaan Bertelanjang Bulat

“Bila dapat tahu pasal kejadian yang berlaku, saudara mara dan jiran gadis tersebut menangkap dua orang lelaki yang dituduh merogol pelajar perempuan berkenaan dan menyerahkan mereka kepada pihak polis,” kata John.

Polis masih mencari dua orang lagi suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an. Habis lah dua orang lagi tu kalau dapat dekat orang kampung ni, mati dorang dimalukan!

Ni ha video dorang kena berarak dalam keadaan telanjang bulat:


Sumber: Daily Mail/lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.