Header Ads

(Video) Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Syok Minum Air Ketum Kat Tempat Awam

(Video) Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Syok Minum Air Ketum Kat Tempat Awam

“Mereka ‘tong-tong’ duit untuk membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini adalah kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.”

Masalah budak sekolah zaman dulu-dulu kalau bukan ponteng lompat pagar, paling tidak pun sebab tertinggal kerja rumah. Tapi zaman sekarang ni macam-macam kes yang timbul berkaitan dengan pelajar sekolah.

Terbaru, satu akaun Facebook berkongsi video tiga orang pelajar perempuan di Kelantan yang didakwa sedang minum air ketum! Dalam video berdurasi 21 saat yang dimuat naik, tiga orang pelajar perempuan dipercayai Tingkatan 3 tu nampak selamba je duk share sebotol air ketum.

Lepas video tular, Polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) siasat pasal kejadian tu dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong mulakan pemantauan di sekolah-sekolah kat Kelantan, lapor Berita Harian.

Video Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Syok Minum Air Ketum Kat Tempat Awam

Setakat ni Emong memberitahu bahawa pihaknya belum terima sebarang maklumat pasal kes tu tapi akan bekerjasama dengan JPN.

“Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya,” kata Emong.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman pun cakap yang pihak dorang dah mula jalankan siasatan pasal video tu kerana kejadian ni membabitkan pelajar. Selepas tindakan lanjut, Utusan melaporkan yang tiga remaja perempuan tu share duit untuk beli air ketum tersebut daripada seorang lelaki.

“Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba,” kata sumber.

Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Syok Minum Air Ketum Kat Tempat Awam

“Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.”

Hasil semakan dengan pihak sekolah mendapati yang pelajar-pelajar tu tiada sebarang rekod kesalahan disiplin sebelum ini.

Sebagai peringatan, mana-mana pelajar yang minum air ketum boleh didakwa di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang mana hukumannya adalah denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali jika ditangkap melakukan kesalahan.

Pelajar-pelajar dinasihatkan tak terlibat dengan gejala tak sihat yang boleh memudaratkan diri sendiri macam ni ye.

Video ini disertakan dengan caption:
“SAYA FAZ, BERASAL DARI KELANTAN. MENETAP DI KUALA LUMPUR. HARAP PIHAK PDRM DAN MANA2 JABATAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DI SELURUH NEGERI, DAPAT MENCEGAH APA YANG BERLAKU DI DALAM VIDEO BERKENAAN. ROSAK HABIS BUDAK2 PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH DISEBABKAN KETUM. CERITA BERLAKU DI KELANTAN. SHARE SAMPAI PDRM AMBIL TINDAKAN. #rakanFB2roda #mohdfaiezzakria”

Tonton video dorang tengah minum air ketum:


Sumber: Berita Harian/lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.