Header Ads

(Video) Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’

(Video) Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’

“Hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembab.”

Nama Gregg Wallace menjadi bahan bualan orang ramai sejak beberapa hari lalu apabila mencetuskan kontroversi 'rendang ayam crispy' dalam rancangan MasterChef UK

Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’
Gregg Wallace

Panel juri, Gregg Wallace dan John Torode menerima kritikan berat di media sosial setelah menyingkirkan seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang memasak hidangan rendang ayam, dengan Gregg mengatakan ayamnya tidak 'rangup'.

Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’
Zaleha Kadir Olpin

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’
Ouch!

Terbaru, Gregg Wallace dan John Torode muncul dalam rancangan Good Morning Britain untuk berikan penjelasan sebenar berkenaan komen mereka terhadap hidangan Zaleha

Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’

Bercakap kepada rancangan itu, Gregg berkata:

Penjelasan Juri MasterChef UK Isu Rendang ‘Crispy’

"Saya tidak bermaksud ia harus digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan ialah hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembab.

"Dia (Zaleha) tersingkir bukan kerana kulit ayamnya tidak rangup. Dia tersingkir kerana tukang masak lain lebih bagus. Tukang masak yang terbaik pastinya akan melangkah ke hadapan."

"Rangup adalah perkataan yang salah, tetapi kulit itu tidak cukup masak"

Dengarkan penjelasan penuh mereka di bawah:


Juri sudah pun bersuara dan beri penjelasan. Apa pandangan korang?

sumber: says.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.