Header Ads

(Video) ‘Saya Nak Ajar Anak-anak Supaya Tidak Kurang Ajar’ – Rosmah

Saya Nak Ajar Anak-anak Supaya Tidak Kurang Ajar Seperti Nurul

‘Saya kenal dia dari kecil lagi. Masa tu gigi dia pun takde lagi! Sekarang, dia berani tuduh saya macam-macam. Panggil Saya Rosmah Mansor je!’

Rosmah Mansor telah mendedahkan antara sebab untuk beliau memulakan program Permata untuk kanak-kanak adalah kerana sikap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah yang tidak menghormati orang tua.

Terkejut beruk admin saat membaca tajuk dan menonton sendiri video ucapan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini. Ingatkan berita palsu. Rupanya betul.

‘Saya Nak Ajar Anak-anak Supaya Tidak Kurang Ajar Seperti Nurul’ – Rosmah

Menurut isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak itu, dia mahu mendidik kanak-kanak agar tidak menjadi kurang ajar seperti anak perempuan Bekas Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu.

Bercakap di hadapan ahli wanita Barisan Nasional (BN) kawasan Lembah Pantai, di kubu kuat Nurul,  Rosmah mendedahkan beliau mengenali Nurul sejak tiada gigi lagi.

“Sekarang dia boleh tuduh saya macam-macam di media sosial malah dia langsung tak memanggil saya Datin Seri Rosmah atau Aunty Rosmah atau Mak Cik Rosmah.”

Rosmah dilihat cuba menyampaikan mesej, hormati golongan yang lebih tua. Agak kurang sesuai sekiranya anda yang lebih muda memanggil orang tua dengan nama sahaja.

Tonton video luahan Rosmah di bawah


Credit: KiniTv

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.