Header Ads

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

“Korang yang nak pulang mengundi tapi kekurangan bajet tu boleh la cari hashtag #CarPoolGE14 #PulangMengundi di Twitter. Mengikut pengamatan kami, ia juga sudah mula digunakan oleh warga Facebook. Good luck! Tunaikan kewajipan anda!”

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) semalam membuat kejutan apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 jatuh pada Rabu, 9 Mei 2018. 

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Keputusan menetapkan hari bekerja sebagai hari membuang undi menjadikan ramai pengundi tidak mampu menanggung kos balik kampung menunaikan tanggungjawab.

Tidak mengenepikan masalah itu sebagai punca berkurangnya pengundi keluar mengundi, warga Twitter mempunyai cara tersendiri bagi menangani isu berkenaan.

Cipta akaun CarpoolGE14, Pulang Mengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Pengguna Twitter yang prihatin dengan pengundi yang kurang berkemampuan pulang mengundi membuat akaun Twitter CarpoolGE14 dan Pulang Mengundi bagi memudahkan sesama sendiri mencari rakan senasib sekaligus mengurangkan beban kos ditanggung.

Kedua-dua akaun tersebut mengepos semula (Retweet) pos pengguna yang mencari rakan untuk pulang bersama-sama dengan syarat berkongsi kos petrol dan tol. Malahan, ada juga pengguna yang sanggup menumpangkan secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran asalkan masing-masing keluar mengundi.

Turut guna hashtag #carpoolGE14, #PulangMengungdi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Bukan sekadar akaun Twitter, pengguna media sosial itu juga turut menggunakan hashtag #carpoolGE14 dan #pulangmengundi bagi memudahkan pencarian pemandu atau rakan penumpang bagi pulang ke kampung. Perincian seperti tempat asal, destinasi, tarikh, masa bertolak dan tempat pertemuan turut disertakan bagi melicinkan proses.

Sedia bantuan kewangan balik mengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Warga Twitter Dipuji Bantu Golongan Tak Mampu Balik Mengundi Dengan Hashtag #CarPoolGE14 dan #PulangMengundi

Apa yang lebih mengharukan, ada sebilangan netizen bermurah hati menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi mereka yang layak mengundi namun tidak mempunyai tahap kewangan kukuh. Majoritinya memfokuskan bantuan kepada golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi memberi bantuan ini.

Untuk mengelakkan unsur penipuan, slip pendaftaran pengundi dan resit tiket diminta sebagai bukti sebelum bantuan disalurkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.