Header Ads

Bengang Dituduh Penjilat dan Playsafe, Che Ta Mengamuk

Bengang Dituduh Penjilat dan Playsafe, Che Ta Mengamuk

'Hey b*bi! Duit tax aku tu la yang bayar BR1M kau tu!

Kini, para selebriti yang selama ini berdiam diri dan menyembunyikan sokongan mereka terhadap Tun Mahathir sudah berani tampil untuk menzahirkan apa yang terpendam selama ini. 

Rasanya tak perlu kita cerita panjang. Ingat je kes Dato' Siti Nurhaliza dulu. Bagaimana sedihnya beliau apabila lagunya tidak berkumandang di corong-corong radio selepas menzahirkan sokongan terhadap Tun Mahathir ketika era pemerintahan Najib Razak.

Namun, selepas pengumuman kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 semalam, ramai selebriti melahirkan rasa gembira dan bersyukur terhadap pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir yang dianggap sebagai hero rakyat,

Bengang Dituduh Penjilat dan Playsafe, Che Ta Mengamuk

Ramai para selebriti yang menyiarkan gambar Tun Mahathir di akaun Instagram mereka termasuklah Rozita Che Wan, Che Ta. Namun, ada saja individu yang kurang senang dan sakit mata melihat ramai orang memuji dan menyiarkan gambar Tun Mahathir.

Apa yang menariknya, Che Ta tidak berdiam diri. Dia yang dituduh 'playsafe' dan 'penjilat' membalas komen itu dengan kata-kata pedas dan menusuk kalbu.

Bengang Dituduh Penjilat dan Playsafe, Che Ta Mengamuk

Peminat Che Ta juga tidak berdiam diri dan turut sama menyerang pemilik akaun terbabit. Ramai juga yang mendakwa individu itu hanya berani kerana menggunakan akaun palsu.

Realiti politik masa kini, apa yang tak puas dan tak kena di hati, terus tegur dengan caci maki sampai buat orang benci.

No comments:

Powered by Blogger.