Farid Kamil Disisihkan Kerana Sokong Pembangkang

Gara-gara lantang  menyokong pembangkang dan inginkan perubahan, Farid Kamil pernah disisihkan rakan-rakannya suatu ketika dahulu.

Namun, sejak kerajaan sudah bertukar tangan, tiba-tiba ramai para selebriti yang muncul menyatakan sokongan walau kadang kala sokongan itu dilihat berlebihan.

Ramai rakan menjauhkan diri

“Diakui memang ramai rakan menjauhkan diri. Baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Dari situ, jelas menunjukkan apa yang saya impikan dari segi perubahan dalam negara tidak mendapat sokongan rakan rakan dan orang sekeliling.”

Tiba-tiba ucap tahniah

“Malah, selama ini saya langsung tidak menyedari mereka sebenarnya tidak menyokong saya. Namun, apabila kerajaan bertukar, mereka secara tiba-tiba mengirim ucapan tahniah. Kalau tidak cakap perkara betul, takkan ada perubahan berlaku,” jelasnya.

Tambah Farid, ramai rakan seperjuangannya menjauhkan diri daripadanya sebelum ini kerana merasakan beliau terlalu lantang menentang kerajaan dulu. Namun perkara itu tiba-tiba saja berubah selepas kemenangan Tun M.

Terdahulu, beberapa selebriti dikritik hebat kerana didakwa lalang dalam menunjukkan sokongan kepada kerajaan. Turut mendapat tempias tersebut, Che Ta dan Wak Doyok yang kini aktif memuji ke langit pemerintahan Tun M.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply