Hafiz Hamidun Dituduh Nak Cepat Kaya Akibat Saman Syarikat Tekstil

Tindakan sebuah syarikat tekstil terkemuka yang didakwa telah menyalahgunakan nama penyanyi Hafiz Hamidun mengundang padah apabila syarikat itu telah disaman oleh tuan punya badan.

Hafiz Hamidun akhirnya boleh menarik lafas lega selepas menang kes saman ke atas syarikat tekstil itu.

Syarikat tekstil Kamdar dilaporkan telah menggunakan nama Hafiz Hamidun pada Februari 2017 tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk mereka dan kes tersebut berlanjutan selama setahun sebelum mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepada Hafiz.

‘Saya lakukan untuk melindungi nama saya’

Hafiz Hamidun Saman Kamdar

“Alhamdulillah, setelah lebih setahun akhirnya mahkamah memutuskan saya memenangi kes ini pada Selasa lalu.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk melindungi nama saya yang sudah didaftarkan sebagai hak cipta dan trademark untuk perniagaan saya yang turut mengeluarkan beberapa produk berkaitan tekstil dan baju,” ujarnya.

Menurut Hafiz lagi, dia juga dikecam teruk oleh netizen disebabkan oleh kenyatannya sebelum ini untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.

Dituduh nak cepat kaya

Walaupun tindakannya itu adalah untuk melindungi namanya, ada juga yang mengatakan Hafiz mengambil jalan untuk cepat kaya.

“Saya sedar ramai netizen yang kecam dan anggap saya ‘poyo’ dan memperlekehkan usaha saya dengan menganggap saya ambil jalan mudah untuk jadi kaya.Terpulang kepada mereka kerana apa yang saya lakukan hanya untuk mempertahankan hak saya sahaja,” ujarnya.

Sumber: mStar

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply