Serbuan Kediaman Najib, Tun Mahathir Tidak Tahu

Kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah diserbu pihak polis dan serbuan itu telah mendapat liputan meluas pihak media. Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan itu.

Tun Dr Mahathir juga percaya serbuan tersebut dilakukan selepas pihak polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman bekas Perdana Menteri itu yang terletak di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Polis ada alasan yang kukuh

Kediaman Najib Diserbu

Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan), ini kerja polis. Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

Serbuan pihak polis ke kediaman bekas Perdana Menteri itu kira-kira jam 10.15 malam tadi bersama lebih 15 kenderaan dan trak polis.

Tugas dan tanggungjawab polis

Kediaman Najib Diserbu

Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan untuk bertindak.

Walaubagaimanapun, peguam Datuk Seri Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Sumber: BH Online

(Baca: Nurul Izzah Tidak Setuju Kediaman Najib Razak Digeledah Awal Subuh)

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply