Header Ads

'KJ Patut Tinggalkan UMNO'

'KJ Patut Tinggalkan UMNO'

'Kehadiran Zahid Hamidi dan Hishammuddin sebagai pemimpin baru Umno tidak akan banyak (membantu) untuk menyelamatkan reputasi BN.'

Antara banyak-banyak calon dalam UMNO, tak dinafikan ramai yang setuju jika Khairy Jamaluddin atau KJ memegang tampuk UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Najib Razak dan lain-lain pemimpin senior macam Zahid Hamidi dan Hishamuddin.

Tapi seorang wakil DAP dari Johor, Liew Chin Tong berpendapat, Ketua Pemuda UMNO ni patut keluar daripada UMNO dan tubuh parti berbilang kaum lain bagi seimbangkan Pakatan Harapan (PH), lapor Malaysiakini.

“Mungkin jika Khairy meninggalkan Umno dan menubuhkan parti berbilang kaum yang baru, ia boleh memberi saingan menyeimbangi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan akan membawa kebaikan kepada rakyat,” kata Liew.
'KJ Patut Tinggalkan UMNO'

Tambahnya lagi, UMNO dan BN sekarang ni agak sukar nak tarik sokongan generasi muda ke pihak mereka terutamanya lepas kebangkitan anak muda dalam tsunami politik 9 Mei lepas.

Pun begitu, Khairy pula sebelum ni ada beri isyarat mengatakan beliau tak menolak cadangan untuk UMNO buka keahliannya kepada semua kaum dan pilihan ni perlu diambil kira ekoran kekalahan mereka pada PRU lepas.

Liew walau bagaimanapun tak yakin sama ada pemimpin BN ni ada keupayaan untuk melaksanakan masa depan politik yang berbilang kaum. Yang paling penting baginya ialah keamanan dan keharmonian yang patut dicapai untuk negara ini.

'KJ Patut Tinggalkan UMNO'

“Lebih ramai anak muda yang terlibat dalam pilihan raya, semakin sukar bagi BN untuk membuat kemunculan semula. 
“Memandangkan ini, Pakatan Harapan tidak boleh terus berpuas hati dengan kejayaannya. Kerajaan baru perlu ingat, rakyat Malaysia tidak lagi takut kepada kerajaan hari ini dan mereka tahu perubahan kerajaan akan berjalan secara aman. 
“Mereka tidak lagi takut untuk membuat perubahan,” katanya.

Anggota DAP Johor ini jugak menegaskan betapa penting mempunyai pembangkang yang berwibawa supaya demokrasi boleh dengan bergerak baik. Oleh itu, UMNO BN pertama sekali haruslah menjarakkan diri daripada warisan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

'KJ Patut Tinggalkan UMNO'

“Najib dan isterinya Rosmah Mansor menjadi faktor toksik bagi bekas kerajaan, sekurang-kurangnya sejak Julai 2015. 
“Kehadiran Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai pemimpin baru Umno tidak akan banyak (membantu) untuk menyelamatkan reputasi BN. Mereka masih terpalit dengan warisan Najib,” katanya.

So macam mana? Korang setuju tak kalau abah KJ tubuh satu parti baru pembangkang selain dari UMNO? Cer beri pendapat sikit kat ruang komen. 

No comments:

Powered by Blogger.