Nazim Othman Umum Cerai Dengan Bella Dally

Tiada angin tiada ribut, Nazim Othman tiba-tiba mengumumkan penceraiannya dengan isterinya, Bella Dally di akaun Instagram miliknya.

Hubungan pasangan romantis ini nampaknya tidah bertahan lama dan akhirnya telah putus di tengah jalan.

Peminat terkejut

Rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan berduka cita dengan pengumuman Nazim Othman itu. Tidak kurang juga yang bertanyakan dan mempersoalkan apa sebenarnya yang telah berlaku dan apa punca sebenar kepada keretakan rumahtangga pasangan itu.

Sebelum ini, pasangan ini juga dilihat kurang berkongsi gambar bersama tidak sepeti pasangan selebriti lain.

Nazim melalui statusnya menyatakan rasa dukacita dan berterima kasih kepada peminat di atas doa mereka.

‘Saya dengan rasa berat hati..’

Nazim Othman Umum Cerai Dengan Bella Dally

Sebelum ini juga, Nazim pernah terpalit dengan khabar angin yang menyatakan bahawa rumahtangga mereka goyah namun dinafikan pelakon lelaki ini.

Apa pun buat Nazim dan Bella, semoga tabah dan semoga bulan mulia ini memberi jalan terbaik buat kalian menghadapi dugaan di hari mendatang.

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply