Keikhlasan Raja Ilya ‘Tolak’ Tawaran Marvel Sebab Agama Dipersoal

‘Tolak Tawaran Marvel Sebab Agama Konon, Tapi Pakai Seksi Boleh Pula.’

Tindakan Raja Ilya yang mengumumkan dirinya terpaksa menolak tawaran tawaran untuk membintangi filem Marvel masih dipersoal netizen sehingga ke hati ini.

Menurutnya, dia menolak tawaran emas terbabit selepas berada di Amerika Syarikat hampir dua minggu dan membuat persiapan selama tiga bulan.

Oleh kerana itu, Raja Ilya masih lagi diasak dengan soalan yang sama oleh netizen yang mempertikaikan kenyataannya itu.

Tolak kerana bercanggah dengan nilai Islam

Keikhlasan Raja Ilya 'Tolak' Tawaran Marvel Sebab Agama Dipersoal
Awal April lalu, Raja Ilya akhirnya mendedahkan punca sebenar dia menolak tawaran tersebut selepas mendapati ada babak yang bercanggah dengan nilai Islam.

Gambarnya yang telah diedit yang menunjukkan dia sedang memakai pakaian ‘Captain Marvel’ juga viral di media sosial.

Namun, baru-baru ini Raja Ilya membuatkan keadaan jadi lebih panas apabila memuat naik gambarnya memakai pakaian senaman yang seksi.

Terkejut dengan gambar tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan Raja Ilya yang sebelum ini menolak tawaran Marvel kerana demi menjaga agama tapi berpakaian sebaliknya.

Baik terima je offer Marvel tu

Keikhlasan Raja Ilya 'Tolak' Tawaran Marvel Sebab Agama DipersoalKeikhlasan Raja Ilya 'Tolak' Tawaran Marvel Sebab Agama Dipersoal
Ada juga yang berpendapat lebih baik jika Raja Ilya menerima tawaran tersebut kerana tidak ada beza dengan cara berpakaian yang ditunjukkan olehnya.

Sebelum ini, ada netizen meminta Raja Ilya menjual muruku kerana tidak dapat berlakon dalam filem Marvel selepas setahun kisah tersebut dicanang, sedangkan pelakon Shiva Kalaiselvam berjaya memegang watak dalam siri Gotham walaupun tiada berita tentangnya.

Source: Rotikaya

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply