Header Ads

Sanggup Jual Anak Demi Mekap Bernilai RM4,000

Sanggup Jual Anak Demi Mekap Bernilai RM4,000

'Apa yang memeranjatkan, anak kecil tu sebenarnya bukan hilang tapi dijual oleh ibu kandungnya sendiri.'

Ibu mana yang tak sayangkan anak. Ibu sanggup lupakan kepentingan sendiri dan berkorban apa saja demi anak. Tapi lain pula dengan seorang ibu di China ni yang sanggup menggadai anak sendiri hanya sebab something yang dia suka.

Menurut WORLD OF BUZZ, wanita dikenali sebagai Yu tergamak menjual anak kecilnya sendiri dan gunakan wang yang diperolehi untuk beli mekap! Mak jenis apa ni?!

Ibu Jual Anak Demi Mekap Bernilai RM4,000

Yu ni pada awal pergi ke balai polis nak melaporkan kehilangan anak perempuannya Hua Hua yang baru berusia 1 tahun. Yu yang berasal dari daerah Yunnan memberitahu pihak polis bahawa dia sedang berjalan-jalan melihat pemandangan ketika menyedari anaknya hilang dalam stesen kereta api.

Tapi lepas 10 jam menjalankan siasatan, pihak polis mendapati bahawa anak kecil tu sebenarnya bukanlah hilang tapi sebaliknya dijual oleh ibu kandungnya sendiri. Selepas dipaksa, Yu akhirnya mengaku dia jual anaknya dengan harga 50,000 Yuan (lebih kurang RM31,300).

Ibu Jual Anak Demi Mekap Bernilai RM4,000

Lebih teruk lagi, lepas jual tu Yu habiskan 6,000 yuan (bersamaan RM3,700) duit jual anak dia untuk buat beli kosmetik dan beberapa barangan lain. Teruknya! Beberapa hari selepas tu anak kecil malang tersebut berjaya ditemui oleh pihak polis dan dikembalikan kepada bapanya.

Dua orang lelaki juga ditangkap kerana disyaki terlibat dengan pemerdagangan kanak-kanak. Terdahulu, ada seorang anak kecil meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan sewajarnya selepas ibu tak berhati perut menggunakannya untuk mendapatkan wang.

Ibu Jual Anak Demi Mekap Bernilai RM4,000

Sedih bila dengar ada ibu yang sanggup buat macam-macam dan tak hiraukan keadaan anak sendiri hanya sebab pentingkan diri. Semoga Yu terima balasan setimpal sebab buat anak dia macam tu. Tak berhati perut betul!

Sumber: WOB/Lobak Merah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.