Header Ads

Tindakan Genius Tun Mahathir Untuk Meyakinkan Pelabur Luar

Tindakan Genius Tun Mahathir Untuk Meyakinkan Pelabur Luar

'Inilah kali pertama Malaysia meletakkan ahli yang benar-benar pakar dalam ekonomi dan kewangan dan perniagaan di kedudukannya.'

WINNING TEAM, KEYAKINAN PELABUR LUAR

Dalam kegusaran dan mungkin berlaku sell off yang besar minggu depan yang menyebabkan Ringgit dan pasaran saham jatuh, Dr Mahathir tahu dengan cuti (penutupan pasaran saham) sehingga esok dia tak punyai banyak masa untuk membuatkan keyakinan pelabur kembali. 

Tindakannya ialah melantik mereka yang result proven di mata businessman dan akan menyebabkan keyakinan pelabur yang kuat. Belum lagi market buka pada isnin ini ramai yang asalnya nak sell-off menukar fikiran pada hari ini dan saat akhir kerana yakin barisan penasihat ekonomi kali ini betul-betul bertaraf dunia. Insha Allah tak lama lagi negara kita akan dicemburui oleh banyak negara lain.

Inilah kali pertama Malaysia meletakkan ahli yang benar benar pakar dalam ekonomi dan kewangan dan perniagaan di kedudukan nya

Tindakan Genius Tun Mahathir Untuk Meyakinkan Pelabur Luar
Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Robert Kuok dan Dr Jowo Kwame Sundaram.

TIPS pelabur

√ Siapa ada simpanan USD, SGD tu masa untuk tukar kepada Ringgit, dijangkakan anda mampu beli USD dengan kadar yang lebih baik iaitu sekitar RM3.00 -RM3.5 utk satu USD.

√ Geng Forex jual semua USD, SGD, EURO atau apa-apa matawang asing dan beli Ringgit . tak payah fikir nak invest kat mana. Awak letak duit dalam tabung haji dan ASB pun akan buatkan anda untung sekarang. beli semula matawang luar bila dah stabil nanti

√ Rakan-rakan saya dari singapura inilah masanya simpan Ringgit sebab nanti anda akan dapati ringgit akan menjadi lebih mahal dan percutian di Malaysia akan lebih mahal

√ Mana yang simpan duit di Singapura ini masanya buat balik semula ke Malaysia ( saya tahu duit rakyat Malaysia disimpan disana tak kurang dari RM400 billions )

√ Meletakkan Lim Guan Eng sebagai menteri Kewangan dan juga Robert Kuok adalah satu tindakan yang boleh menyebabkan ramai taikun atau ahli perniagaan Cina dia Malaysia akan kembali yakin. dengan kata lain Tun meyakinkan mereka negara adil dan selamat untuk perniagaan mereka. tindakan ini akan meyebabkan mereka akan membawa ratusan billions ringgit kembali ke Malaysia dan mengukuhkan negara kita

√ Ekonomi akan mengukuh kerana keyakinan kepada pengurusan yang baik dan amalan hutang yang rendah

√ Kes 1MDB, Althantuya dan Skandal Felda dan NFC akan diadili dengan adil dan kesemua wang yang diambil akn dikembalikan kepada negara akan menambah kewangan dan keyakinan dan kekukuhan negara

√ Risiko ketidakstabilan pasaran akan berlaku bila Anwar tidak diberikan jawatan PM. tetapi risiko ini sangat kecil kerana PH tidak akan merisikokan kejayaan berjuang yang mereka dapat dengan pergaduhan yang akan merugikan mereka pada PRU15 nanti. Tun pula sudah 92 tahun tidak berminat dengan kuasa tetapi lebih ingin meninggalkan legasi yang baik sebelum meninggalkan kita

√ Boleh beli index fund Malaysia sekarang, pasaran Malaysia

√ Abam buat balik sementara duit simpanan abg dari luar negara invest dengan details syarikat-syarikat yang mempunyai efek secara terus kepada kemansuhan GST dan juga saham yang akan naik jika pengurusan dibetulkan seperti FGV . FGV diniagakan paling rendah iaitu RM1.6 minggu lepas

Step side Ekonomi tun M dah boleh saya katakan 50% dah betulkan. Kemudian langkah membebaskan anwar juga saya sangat tunggu untuk beliau menjadi PM kita seterusnya. harap permudahkan urusan untuk PM ke 8 untuk elakkan ketidakstabilan politik yang merugikan negara lagi

Kita memgharapkan tindakan Tun M untuk betulkan bab lain seperti isu Memali dan saya sangat berharap tun M boleh meluangkan masa sedikit ke Kelantan untuk bertemu keluarga TG Nik Aziz dan melawat kubur nya. Pintu keluarga TGNA terbuka luas selepas PRU14 sebagaimana wakil mereka dah beritahu. dan berikan 20% royalti Petroleum kembali kepada Terengganu dan Kelantan serta Sabah. Orang pantai timur dan malaysia timur masih terasa hati zaman tun dulu kerana dinafikan hak mereka seperti wang minyak menyebabkan negeri kaya bertukar manjadi negeri miskin.inilah masanya untuk menebus kembali

Sebagai contoh kami rakyat Terengganu yang nak hak kami 20% Royalti Minyak untuk diberikan kepada kerajaan kami yang baru tanpa mengira negeri kami pembangkang (PAS) kerana hak rakyat

InshaAllah ketika tu Tun akan dapat sokongan tak berbelah bahagi dan doa lebih ramai dari kalangan rakyat pantai timur Malaysia

Malaysia, Asia Tiger Reborn

sekian tips dari saya

Source: Ajib Adi

No comments:

Powered by Blogger.