Header Ads

(Video) ‘Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka’

Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka

‘Orang Islam yang sudah masuk Syurga ditarik semula ke Neraka kerana Starbucks.’

Pelbagai spekulasi mengenai Starbucks sering timbul sejak dulu lagi. Ada yang mendakwa minuman yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia itu tidak Halal dan dicampur lemak babi dan ramai juga yang mendakwa bahawa Starbucks turut memberi sumbangan kepada Zionis dan golongan LGBT.

Namun, ada kisah yang lebih dahsyat tentang minuman Starbucks ini. Sebuah video tentang soal jawab seorang penceramah popular tentang Starbucks telah viral di media sosial.

Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka

Penceramah yang popular di Indonesia ini menjadi perhatian ramai selepas membuat kenyataan yang mengatakan orang Islam yang membeli Starbucks akan masuk neraka. 

Tonton video Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka


Masuk neraka sebab Starbucks sokong LGBT

Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka

Penceramah yang dikenali sebagai Abdul Somad menjelaskan bahawa orang Islam akan dimasukkan dalam neraka jika membeli minuman di Starbucks kerana syarikat tersebut menyokong golongan LGBT.

Penceramah itu ditanya apakah hukum jika membeli kopi dari kafe yang menyokong golongan LGBT, dan dia menggunakan Starbucks sebagai contoh memandangkan syarikat tersebut secara terang-terangan mengokong golongan itu.

“Kaum LGBT kenapa komunitimu begitu besar? Lalu mereka menjawab kerana ada penyumbang, itu yang di syurga itu penyumbangnya. Terus tarik balik yang di syurga tadi dimasukkan semula dalam neraka (kerana menyumbang kepada Starbucks),” kata penceramah tersebut.

Pengguna Facebook, Twitter dan Youtube semua masuk neraka juga?

Orang Islam yang Beli Starbucks Masuk Neraka

Rata-rata netizen khususnya pengguna Facebook dan Twitter tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana Facebook, Twitter dan YouTube juga menyokong LGBT. Bermaksud, semua pengguna juga bakal dimasukkan ke neraka.

Bagaimana pula orang Islam yang berkerja mencari sesuap nasi di syarikat itu? Apa pendapat anda?

Source: Vitdaily

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.