‘Buka Kisah Rosmah Adalah Wasiat Bapa’

Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Anak Rosmah Mansor, Azrene tentang sisi gelap kehidupan ibunya itu.

Tidak cukup dengan itu, kisahnya itu diperkuatkan lagi dengan kisah dari suaminya yang juga selebriti terkenal tanahair, Fazley Yaakob.

(Baca: Sisi Gelap Rosmah Mansor Didedahkan Oleh Anaknya Sendiri)

Mengakui tidak menyimpan sebarang rasa dendam terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, penyanyi Fazley Yaakob turut menjelaskan bahawa pendedahan yang dilakukannya baru-baru ini sebenarnya adalah wasiat daripada arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

Bukan nak bukan aib

“Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak. Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai”

“Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga,” katanya. Malah tambahnya, dia dan isteri yang sudah 11 tahun mendirikan rumahtangga sentiasa mendoakan agar Rosmah terbuka hati untuk menerima mereka sekeluarga.

Perkongsian Fazley baru-baru ini turut mengundang pelbagai reaksi kerana ada segelintir netizen berpendapat bahawa Fazley dan isteri umpama membuka pekung sendiri dengan menceritakan kepincangan ahli keluarga mereka.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Mungkin Fazley dan isterinya juga sudah lama memendam dan menyimpan cerita dek kerana takut semasa Rosmah berkuasa.

Source: mstar online

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply