Ziana Zain Dedah Perangai Sebenar Suami

‘Selain memukul dengan teruk, dia pernah cili kemaluan dan dubur anak.’

Ziana Zain akhirnya memutuskan untuk membuka mulut menceritakan kisah sebenar yang terjadi dalam rumahtanggnya selepas hampir dua bulan kes suami pelakon dan penyanyi itu iaitu Armin Zaharin didakwa mencederakan anak mereka.

Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin ‘mengajar’ anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya dalam sebuah sidang media khas.

Ziana mendedahkan anak-anaknya pernah teruk dipukul oleh Armin sehingga menyebabkan muka anaknya lebam dan lebih parah tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Ziana Zain Dedah Perangai Sebenar Suami

Dengan penuh hiba dan linangan air mata, Ziana memberitahu bahawa anak kembarnya Muhammad Ariel pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin ketika berusia 3 tahun

Bukan itu saja, Ziana turut mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama lelaki itu selama 20 tahun.

Source: hangat

Loading...

Comments (No)

Leave a Reply