Header Ads

Harapan Bekas Perdana Menteri Ketika Sambut Harijadi Beliau Yang Diawalkan 2 Hari. Lain macam permintaan Najib kali ni



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar meneruskan projek di bawah kerajaan terdahulu yang dianggap baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Jelasnya, kerajaan hari ini sepatutnya boleh menambah baik projek sebelum ini dan bukannya terus membatalkannya tanpa alasan yang kukuh.

Harapan Najib Razak Pada Kerajaan Baru

“Jadikan ia lebih baik dan bukannya membatalkan projek. Ia tiada akal.

“Kerajaan boleh membatalkan projek, tetapi adakah anda melakukan untuk alasan yang betul. Adakah anda melakukan untuk rakyat Malaysia, ini persoalan yang kita perlu tanya.

“Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu dan mereka mesti melakukan yang lebih baik supaya rakyat yang mengundi mereka layak meminta apa yang diminta,” katanya yang dipetik dari portal berita Malaysiakini.

Sambut Harijadi Awal Sebab..

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-65 yang disambut lebih awal dua hari meraikan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini malam tadi.

Turut berada di majlis itu ialah ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis itu turut dihadiri beberapa ahli keluarga waris nahas pesawat MH17 yang jatuh ditembak oleh pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia dari wilayah pemberontak di sempadan Rusia dan Ukraine pada 17 Julai 2014

Sumber: Kosmo Online

“Kerajaan tiada akal, batal projek era BN”- Marah Betul Najib Razak dengan Kerjaan PH
Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa kerajaan persekutuan agar meneruskan projek yang memberi manfaat kepada negara dan membatalkannya jika sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan HARAPAN tidak boleh membatalkan sesuatu projek yang baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu contohnya, MRT 3.

“Jadikan ia lebih baik dan bukannya membatalkan projek. Ia tiada akal.

“Kerajaan boleh membatalkan projek, tetapi adakah anda melakukan untuk alasan yang betul. Adakah anda melakukan untuk rakyat Malaysia, ini persoalan yang kita perlu tanya.

“Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu dan mereka mesti melakukan yang lebih baik supaya rakyat yang mengundi mereka layak meminta apa yang diminta,” katanya.

Sambut ulang tahun lebih awal


Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis ulang tahun beliau yang ke-65 yang disambut lebih awal dua hari dan meraikan waris MH17.

Sementara itu, Najib berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima janji yang kurang daripada perkara yang dijanjikan oleh HARAPAN.

“Tempoh 100 hari pentadbiran bakal menjelma. Berapa banyak janji yang perlu ditunaikan.

“Ketika saya menjadi perdana menteri, saya hanya menjanjikan perkara yang boleh ditunaikan.

“Saya tidak mahu dituduh berbohong kepada rakyat dan saya tidak mahu bersemuka dengan Allah jika saya memungkiri janji kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membatalkan projek MRT3 kerana kos tinggi yang memakan kos RM35 hingga RM45 bilion.

No comments:

Powered by Blogger.