Header Ads

Luahan Sedih Hati Seorang Insan Terluka Tentang Aksi Terlampau Pasangan Kekasih Yang Tidak Malu Membuat Maksiat Di Tepi Masjid Putra,Putrajaya

Seorang rakyat Malaysia yang menggunakan nama samaran Stori Mori meluahkan perasaannya melalui Facebook Masjid Putra, Putrajaya tentang gejala maksiat yang berlaku di sekitar kawasan masjid tersebut yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya hujung minggu tanpa sebarang pengawasan. Teguran ini biarpun sekadar viral di laman sosial, ianya pasti memberi tamparan hebat kepada pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.


Berikut adalah luahan hati beliau yang harus dipandang serius;

"Assalamualaikum, saya ingin meluahkan perasaan. Tapi saya tak tahu ke mana nak saya luahkan.

Saya tinggal di Cyberjaya. Saya sering berbasikal di sekitar tasik Putrajaya. Apa yang menyedihkan saya adalah taman-taman di sekeliling tasik ini telah menjadi sarang MAK-SIAT tempat manusia memadu as-mara tanpa rasa malu kepada manusia lain yang lalu lalang di situ.

Dan yang lebih menyedihkan, mereka tiada rasa takut pada Allah yang menyaksikan setiap perbuatan jahat mereka.

Minggu lalu saya berbasikal dari Dataran Gemilang ke Dataran Masjid Putra. Sangat menjijikkan melihat pasangan bercum-buan di dalam kereta yang mereka parking di Jambatan berhampiran masjid!


Tidak ada rasa gentarkah di hati mereka? Tidakkah mereka mengetahui akan gejala taufan putting beliung yang kerap melanda semenanjung kini? Apakah mereka fikir atas faktor geografi dan sains, petaka taufan dan ribut mustahil sampai ke Putrajaya?

Saya merasa amat marah sekali dengan keadaan ini. Putrajaya adalah bandar dalam taman yang sangat indah dan rapi susunannya. Walaupun ia ciptaan manusia, siapakah manusia tanpa Allah yang Maha Kuasa?

Adakah kalian lupa pada kekuasaan Allah? Adakah kalian lupa pada kebesaran Allah? Adakah kalian tidak takut pada kemurkaan Allah?

Tolonglah jangan cemarkan bandar ini dengan mak-siat!

Kalau kalian mahu juga bermak-siat, NYAH KALIAN DARI SINI! Pergi! Pergi ke bandar-bandar yang diperintah oleh orang-orang kafir. Pergi!"

Jika kita fikirkan perkara ini, ianya betul kerana hal tersebut benar-benar berlaku. Tidak percaya? Ambil masa anda untuk berkunjung ke Putrajaya dan berehatlah di kawasan tasik sekitar Masjid Putra tersebut. Seringkali terlihat pasangan tanpa segan silu bermesra terutamanya ketika hujung minggu. Kelibat pasangan tidak bermoral ini boleh ditemui di Dataran Putrajaya, sekitar tepi tasik Putrajaya, taman-taman bunga di sebelah bangunan Kastam dan beberapa tempat lagi sekitar Putrajaya.


Gejala sebegini harus dipandang serius sepanjang masa bukan bila tiba satu-satu masa sahaja. Ini kerana ianya melibatkan kreadibiliti Masjid Putrajaya sendiri dan tentulah maruah Putrajaya sendiri yang menjadi salah-satu mercu-tanda kebanggaan rakyat Malaysia yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi di negara ini. - dipetik dari Oh! Media

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.