Header Ads

"Sungguh Malang Dan Kesian Keknis Dapat Suami Sewel" - Bangsa Bawang...


'Fan' dan 'haters' adalah asam garam dunia artis. Digilai ribuan peminat tetapi dibenci juga oleh segelintir golongan  adalah hakikat yang harus diterima oleh semua 'public figure'.

Namun, apabila berterusan diserang, pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh puak-puak ini.

Antara artis yang sentiasa menjadi mangsa golongan 'haters'  ialah pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, lebih-lebih lagi Hairul. Pelbagai isu dimainkan seperti kebajikan kucing mereka, Bujibu, sikap tidak matang Hairul, artis yang tidak mengundi dan sebagainya.

Malahan seperti ada satu kumpulan 'haters' yang bersatu membongkar segala rahsia di sebalik gambar serta kata-kata pasangan ini kemudiannya masing-masing akan memberi komen sesama mereka.



Ia disambung oleh rakannya yang membuat senarai ringkas berdasarkan blog Keknis satu ketika dahulu.



Menurut mereka, lebih menyedihkan ialah apabila tidak ada satu pun kriteria tersebut ada pada Hairul.



Kritikan berterusan apabila mereka mengkompilasikan gambar-gambar lama Hairul.


Maka, muncul lah dua pihak iaitu yang bersetuju dengan kenyataan tersebut manakala satu pihak lagi membangkang. 




Bagi mereka yang tidak bersetuju, apa salahnya memuji suami sendiri?


Ya, semakin panas apabila ia tular di media sosial. Pelbagai komen diterima. Kita tunggu jawapan dari pasangan artis ini pula. - CARI

No comments:

Powered by Blogger.