Header Ads

(4 Gambar) Adik Puteri balqis Kini Sedang Bertarung Lawan Kanser, Pelbagai Ikhtiar Perubatan Sudah Dilakukan, Stay Strong Adik..Kami Doakan Kesihatan Kamu...



Puteri Balqis seorang pelakon cilik yang berbakat namun dalam usia nya sebegini satu dugaan besar telah dihadapi nya di telah disahkan menghidap Kanser namun keluarga nya enggan dedahkan jenis Kanser yang dihidapinya.

Mengikut kata ibu nya “Saya sedang ikhtiar pelbagai cara untuk pulihkan Aqish,” kata Norashikin Mohd Aziz, ibu kepada pelakon berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, 11, yang kini sedang bertarung melawan kanser.

Norashikin yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp turut berkata, kesihatan Aqish tidak menentu. Walaupun jantung dan paru-parunya mempunyai masalah namun dia masih kuat melawan penyakit itu.

Ibu Aqish juga memohon maaf kerana menolak untuk ditemubual oleh pihak media. Dia tidak mahu berita berkenaan tersebar meluas hingga menimbulkan fakta yang salah.

“Saya mohon maaf kerana menolak untuk ditemubual dan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai penyakit Aqish. Saya tidak mahu berita mengenainya terlalu banyak keluar.

“Nanti berita kecil jadi besar atau ada yang tidak betul. Saya segan. Demam panas dia ‘on-off’ dan jantung serta paru-paru juga ada masalah tetapi dia okey, macam dalam video yang dimuatnaik menerusi Instagram,” katanya.






Dalam pada itu, Norashikin juga mengucapkan terima kasih kepada penyanyi tersohor, Anuar Zain yang selalu datang melawat Aqish.

“Terima kasih kepada Anuar dan team yang selalu datang melawat Aqish serta sering memberikan semangat. Juga kepada peminat Aqish, terima kasih kerana banyak membantu,” katanya.

Terdahulu, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Norashikin yang dihubungi oleh Berita Harian semalam mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Sebelum ini, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Di Instagram dan Twiter miliknya, tiada sebarang perkembangan terbaru yang dikongsikan. Ruangan komen di Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis itu juga ditutup.

Pada tahun lalu Putri Balqis telah membintangi satu telefilem berjudul Anak Anak Ku yang mengisahkan seorang kanak-kanak menghidap sakit Kanser tahap 4, tidak disangka kini setuasi yang dilakonkan tahu lalu kini betul-betul dihidapinya.

Cuma keadaan tahap Kanser yang dihidapi kini tidak diketahui ditahap mana namun keluarga tersayang tidak putus-putus berakhir disamping peminat-peminat yang terus berdoa semoga Puteri Balqis kuat dan cepat sembuh. Aaamiin.

sumber artikel : https://accidentportal.net/puteri-balqis-bertarung-lawan-kanser-berbagai-ikhtiar-perubatan-dilakukan-ibu-4gambar/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.