Header Ads

Berita Baik Khas Buat Pasangan Baru Kahwin, Kerajaan Selangor Bermurah Hati Hadiahkan RM1000



Rakyat Selangor antara yang bertuah kerana pasangan yang baru berkahwin berpeluang untuk menerima hadiah kahwin dari kerajaan Selangor.

Menerusi program Intensif Perkahwinan Belia itu, pasangan akan menerima RM500 setiap seorang dan syaratnya mereka haruslah berkahwin sebelum usia 35 tahun.


Dalam pada itu, antara syarat lain permohonan perlu dilakukan dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah atau tarikh perkahwinan. Paling penting, permohanan ini adalah untuk perkahwinan kali pertama sahaja. Bagi yang kahwin lebih dari satu tidak layak untuk memohon.



Syarat-syarat permohonan bagi mereka yang berminat

1. Warganegara Malaysia

2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;

3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlukan pengesahan)

4. Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.

5. Perkahwinan kali pertama sahaja

6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / 7. tarikh perkahwinan

7. Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran dokumen dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh       nikah/tarikh perkahwinan

8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja

Sebelum ini, pemohon hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk memohon ‘hadiah’ tersebut daripada kerajaan Selangor, namun tarikh akhir telah dilanjutkan sejak tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang, pergi saja ke laman rasmi YAWAS. Jangan lepaskan peluang ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.