Header Ads

Bermula hari ini secara rasmi tiada lagi SmartTAG akan dijual,Bakal digantikan dengan RFID


Berkuat kuasa hari ini, Touch ‘n Go telah menghentikan penjualan SmartTAG kepada para penggunanya. Pemberhentian ini merupakan langkah awal syarikat itu untuk beralih kepada sistem pembayaran melalui RFID.

Berbeza dengan SmartTAG yang memerlukan perantinya sendiri. Sistem RFID akan menggunakan pelekat yang dilengkapi dengan cip RFID yang ditampal pada kenderaan. Pengguna oleh menguruskan tambah nilai dan lain-lain urusan menggunakan applikasi digital Touch’n Go sahaja.




Walau bagaimanapun, para pengguna SmartTAG sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk membayar tol seperti biasa buat masa ini. Malah, para penguna lebuh raya masih boleh kekal menggunakan kad Touch’n Go dan MyKad mereka untuk membuat bayaran tol.


Bermula dari 3 September, pihak Touch’n Go akan menjalankan tempoh percubaan untuk sistem RFID yang akan dibuka kepada pengguna lebuhraya yang berminat.


Setakat ini, terdapat 16 buah lebuhraya yang sudah pun dilengkapi dengan lorong khas RFID.

1. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
2. Damansara – Puchong Expressway (LDP)
3. Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
4. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
5. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6. Shah Alam Expressway (KESAS)
7. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
8. Maju Expressway (MEX)
9. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
10. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
11. New Pantai Expressway (NPE)
12. Besraya Expressway (BESRAYA)
13. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14. Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
15. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
16. Guthrie Corridor Expressway (GCE)



sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/broadcast/lokal/tiada-lagi-smarttag-akan-dijual-mulai-hari-ini-bakal-digantikan-dengan-rfid-62329/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.